Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pah] | تاڤه

Definisi : 1. sj ikan darat, Wallago ottu; 2. sj ikan darat, Wallago tweedier; ~ lemban sj ikan darat, Ompok bimaculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pah] | تاڤه

Definisi : nama sj ikan darat, Wallago ottu (tweedier). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tapah

Puisi
 

Hari redup mari menuba,
     Dapat seekor ikan tapah;
Bukan hidup kerana doa,
     Mati tidak kerana sumpah.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat bagi ejaan akronim Sekolah Menengah Sains Tapah iaitu "SESTA". Adakah penulisan rasmi di dalam perenggan biasa selain tajuk menggunakan ejaan "SESTA", "Sesta" ataupun "SeSTa"? Terima kasih.Untuk makluman pihak tuan, akronim ialah kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan lain atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan, contohnya MARDI (Malaysian Agricultural Research Development Institute), jentolak (jentera tolak), ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Bernama (Berita Nasional Malaysia).
Pihak kami mencadangkan akronim untuk sekolah tuan ialah Semesta.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 47.
Tatabahasa09.11.2023
Salam. Saya ingin kepastian ejaan JAWI yang tepat bagi SESTA iaitu singkatan kepada Sekolah Menengah Sains Tapah. Mohon bantuan pihak tuan. Terima kasih. Bunyi sebutan e ialah e taling.Ejaan SESTA (e pepet) ialah  سستا dan ujian SESTA (e taling) ialah  سيستا.Ejaan09.10.2019

Kembali ke atas