Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pah] | تاڤه

Definisi : 1. sj ikan darat, Wallago ottu; 2. sj ikan darat, Wallago tweedier; ~ lemban sj ikan darat, Ompok bimaculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pah] | تاڤه

Definisi : nama sj ikan darat, Wallago ottu (tweedier). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tapah

Puisi
 

Hari redup mari menuba,
     Dapat seekor ikan tapah;
Bukan hidup kerana doa,
     Mati tidak kerana sumpah.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
M. RAJAMANI

M. Rajamani (1943– ), atlet dan olahragawati

Malaysia. Dia lahir pada 11 November 1943 di

Tapah, Perak. Dia menerima pendidikan di Tapah

Government English School dan Sekolah Menengah

Raja Perempuan di Ipoh, Perak.

UMUM 
AHMAD SARJI ABDUL HAMID, TUN

Ahmad Sarji Abdul Hamid, Tun (1938-     ), Ketua Setiausaha Negara yang kesembilan (1990-1996). Beliau lahir pada 16 September 1938 di Tapah, Perak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDUL HAMID KHAN, TAN SRI

 ABDUL HAMID KHAN, Tan Sri (1900-1974), Menteri Pelajaran Malaysia (1961-1964). Dia lahir pada 1 November 1900 di Tapah, Perak. Nama penuhnya ialah Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan.

 

 

 

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SYED ZAHIRUDDIN SYED HASSAN, TUN

SYED ZAHIRUDDIN SYED HASSAN, Tun (1918- ), pentadbir, Yang Dipertua Negeri Melaka (1975-1984). Beliau lahir pada 11 Oktober 1918 di Tanjong, Kerian, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tapah dan Sekolah Melayu Tanjong (1924-1928). Pada tahun 1929, beliau belajar di Sekolah Clifford, Kuala Kangsar. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1930-1941) hingga lulus Senior Cambridge. Beliau memperoleh Diploma in Arts dari Raffles College, Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas