Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pai] | تاڤاي

Definisi : sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (ubi kayu dll) yg dimasak dan dicampur ragi; rosak ~ kerana ragi prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak cukup hati-hati itu jaranglah jadi sempurna;menapai 1. membuat tapai; 2. membubuh ragi, meragi;penapaian 1. = petapaian sj periuk besar tempat membuat tapai; 2. (Kim) penguraian benda organik oleh hidupan halus (spt kuman dan ragi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pai] | تاڤاي

Definisi : tapaian ark tempayan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pai] | تاڤاي

Definisi : ark; kucing ~ kelinci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pai] | تاڤاي

Definisi : penganan yg dibuat drpd beras pulut atau ubi kayu dsb yg dimasak dan dicampur ragi. menapai membuat tapai. penapaian 1 perbuatan atau proses membuat tapai. 2 ist tindak balas kimia yg melibatkan penguraian molekul organik oleh sesuatu bahan spt ragi (kulat, enzim) menjadi bahan yg lebih ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapai (kata nama)
Bersinonim dengan tapai pulut, tapai ubi;,
Kata Terbitan : menapai,


Pantun

PantunSumberTema
Daripada tajin eloklah tapai, Tapai diminum lain rasanya; Daripada licin elok bermisai, Misai mencium lain perisanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang tapai. Semua pengikut menyiapkan piring; Pilulah hati memandang lebai. Kerana berjanggut dikejar kambing.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang Jawa membuat tapai, Raginya datang dari seberang; Selagi cita-cita tidak tercapai, Biar mati di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bakul besar berisi pulut, Pulut hitam dibuat tapai; Lama bersabar hatiku hanyut, Siang malam badan meragai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas