Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat akan didirikan bangunan dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya masih keliru dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan mengenai tapak binaan/tapak pembinaan. -Dalam maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan pada 31/7/2012, pihak tuan mengatakan frasa "tapak binaan" yang betul tetapi maklum balas yang pihak tuan berikan pada soalan yang sama saya kemukan bertarikh 15/8/2012 mengatakan frasa "tapak pembinaan" yang betul. -Untuk kepastian sekali lagi, mana satu frasa yang betul?"Tapak binaan" atau "tapak pembinaan"?Terangkan perbezaan kedua-duanya sekali lagi agar saya tidak keliru lagi.Frasa yang betul ialah tapak binaan dan frasa ini telah terakam dalam Kamus Dewan, lihat tapak+binaan&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tapak+binaan&d=1 untuk maklumat lanjut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa27.08.2012
Yang mana satu penggunaan frasa yang betul? Tapak binaan atau tapak pembinaan?Mengapa?Tapak binaan kerana binaan ialah sesuatu yang dibina, manakala pembinaan ialah proses atau perihal membina.Tatabahasa31.07.2012
Saya keliru dengan penggunaan perkataan "binaan" dan "pembinaan" Berdasarkan ayat di bawah apakah perkataan yang sesuai diisi pada ruangan kosongan di bawah? Wak Suparman bekerja di tapak________ sebagai buruh kasar bagi menyara keluarganya di Indonesia. Mana satu penggunaan frasa yang betul pada ruang kosong di atas?tapak binaan atau tapak pembinaan?Binaan ialah bangunan yang dibina dan pembinaan ialah proses membina. Frasa yang betul ialah tapak pembinaan, iaitu kawasan yang sedang dalam proses membina.Tatabahasa15.08.2012

Kembali ke atas