Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat akan didirikan bangunan dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slab constructionpembinaan papakKesenianSeni Bina1. Proses menghasilkan papak konkrit secara binaan pasang siap yang dibuat di kilang dan kemudiannya dihantar ke tapak binaan. 2. Proses menghasilkan bancuhan konkrit di tapak binaan dan dibentuk menggunakan acuan daripada kayu atau logam.
building sitetapak binaanKejuruteraanTiadaTiada
building sitetapak binaanKesenianTiadaTiada
contractor's all risks policypolisi semua risiko kontraktorPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang melindungi kerosakan kepada harta-harta di tapak binaan dan liabiliti kepada pihak ketiga oleh semua sebab, tertakluk kepada pengecualian yang ditetapkan dalam polisi.
site planningperancangan tapakKesenianSeni BinaPerancangan atau cadangan yang dilakukan untuk membangunkan tapak binaan sebagai kawasan peletakan bangunan dan kawasan sokongan. Perancangan ini turut mengambil kira laluan keluar masuk, keadaan rupa bumi, kedudukan matahari dan arah angin, pemandangan dan keadaan persekitaran, serta undang-undang teknikal tempatan.
cofferdamempangan kekotakKesenianSeni BinaBinaan sementara yang kedap air yang didirikan di sekeliling tapak binaan untuk memudahkan kerja pembinaan terutamanya di dalam air. Contohnya, empangan kekotak yang digunakan dalam pembinaan struktur tiang jambatan yang merentangi sungai.
ready-mixed concretekonkrit siap campurKejuruteraanTiadaKonkrit yang telah dicampur bukan di tapak pembinaan, dan dihantar ke tapak binaan dalam keadaan yang sedia untuk dituang.
as built drawinglukisan santirLandskapTiadaLakaran pelan yang menunjukkan susun atur tapak, ukuran struktur dan sebagainya seperti yang terdapat di tapak binaan.
prefabricated buildingbangunan prabikinKejuruteraanKejuruteraan BangunanBangunan yang sebahagian besar daripada anggota strukturnya disediakan di kilang pembuat dan dibawa di tapak binaan untuk dipasangkan. Semua anggota binaan disambung dengan menggunakan kaedah sambungan tertentu. Sambungan bolt dan sambungan kimpal merupakan sebahagian daripada sistem sambungan yang diamalkan.
contractor equipment floater policypolisi pengapung kelengkapan kontraktorPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang memberi perlindungan kepada bangunan binaan biasa yang sedang dibina dan disiapkan di atas tapak binaan tersebut. Perlindungan diberi bagi loji dan kelengkapan, peralatan, bahan, pembinaan sementara di atas tapak pembinaan tersebut yang dipunyai oleh insured atau yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Perlindungan juga diberi bagi sambungan, tambahan dan perubahan ke atas bangunan yang sedia ada dan bukan bangunan tersebut.
123

Kembali ke atas