Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) telapak tangan; b) Id tandatangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Anak Cina berjual terung,
     Hilang sebiji di tapak tangan;
Sudah lama ayam kukurung,
     Cuba-cuba lepas di laman.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kurang luas tapak tangan,
     nyiru saya tampungkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pekop[p«.kop]kata kerja1. melengkungkan tapak tangan di atas sesuatu permukaan yang rataKami semua pakat pekop telinga bila nak cucoh meriam buloh.[kA.mi s«.mu.wA pA.kAt p«.kop t«.li.NA bi.lA nA tSu.tSoh m«.Òi.jAm bu.loh]Kami semua pekop telinga bila hendak menyalakan meriam buluh.
gabuih ponggong[gA.buC]kata kerja1. menanggalkan kekotoran yang sedikit pada sesuatu dengan menggunakan tapak tangan atau jari secara berulang kaliDia gabuih habok dekat baju dia.[di.jA gA.buC hA.bo d«.kAt bA.dZu di.jA]Dia gabuih habuk di bajunya.
gelinte[g«.lin.tE]kata kerja1. membulat-bulat sesuatu dengan menggunakan dua tapak tangan.Biskut arab kena gelinte, tak buleh terap.[bis.kut A.rAb k«.nA g«.lin.tE tA bu.leh t«.ÒAp]Biskut arab kena buat bulat-bulat dengan tangan, tidak boleh terap.
seregai[s«.Ò«.gAj]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang tidak licin berkenaan makanan, papan, tapak tangan dan sebagainyaBaru cangkoi sat saja tau-tau tangan seregai.[bA.Òu tSAN.koj sAt sA.dZA tAw.tAw tA.NAn s«.Ò«.gAj]Baru sekejap mencangkul tangan sudah seregai.

Kembali ke atas