Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) telapak tangan; b) Id tandatangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Anak Cina berjual terung,
     Hilang sebiji di tapak tangan;
Sudah lama ayam kukurung,
     Cuba-cuba lepas di laman.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kurang luas tapak tangan,
     nyiru saya tampungkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina berjual terung, Hilang sebiji di tapak tangan; Sudah lama ayam kukurung, Cuba-cuba lepas di laman.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh jauh di negeri satu, Hilang di mata di hati jangan.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Tuan jauh negeri satu, Hilang di mata di hati jangan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Saya jauh beribu batu, Saya di sini dilupa jangan.
Kurik Kundi Merah SagaAsam pauh gelinggang batu, Anak sembilang di tapak tangan; Meskipun jauh di Balai Satu, Hilang di mata di hati jangan.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil lidi menyapu halaman, Burung tekukur memakan padi; Berjanji mati di tapak tangan, Hendak berkubur di hujung jari.
Kurik Kundi Merah SagaBuah anggur buah berangan, Jadikan dengan si buah manggis; Minta kubur di tapak tangan, Mintalah nisan si jari manis.
Kurik Kundi Merah SagaBulan mengambang di celah awan, Pungguk merindu dengan berangan; Sewajar memilih jodoh pertemuan, Tapak tangan satu perjuangan.
Kurik Kundi Merah SagaKuda kami dari Membakut, Hendak mengejar Kinabatangan; Kalau cik adik berterus takut, Kita bertukar di tapak tangan.
12

Kembali ke atas