Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) telapak tangan; b) Id tandatangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Anak Cina berjual terung,
     Hilang sebiji di tapak tangan;
Sudah lama ayam kukurung,
     Cuba-cuba lepas di laman.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kurang luas tapak tangan,
     nyiru saya tampungkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar.Nasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar. menatang = membawa di tapak tangan, menating.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang.Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cubit paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain.Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain. (Bandingkan dengan: Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas