Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tara (kata nama)
Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;,
Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arbitratorpenimbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrang yang membuat keputusan dalam prosiding penyelesaian pertikaian melalui proses timbang tara. Pemilihan penimbang tara bergantung kepada persetujuan pihak yang bertikai dan sesuatu kes boleh diputuskan oleh seorang penimbang tara sahaja ataupun lebih. Jika melibatkan lebih daripada seorang penimbang tara, ia dikenali sebagai tribunal timbang tara. Seorang penimbang tara tidak semestinya mempunyai latar belakang perundangan tetapi perlu mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Ketua negara atau individu-individu lain yang dihormati oleh kedua-dua pihak yang bertikai juga boleh menjadi penimbang tara. Contohnya, dalam kes Rainbow Warrior antara Perancis dengan New Zealand, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dilantik sebagai penimbang tara.
arbitration awardaward timbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeputusan tribunal timbang tara bagi menyelesaikan sesuatu pertikaian atau menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang bertikai. Keputusan yang dibuat oleh tribunal timbang tara ini adalah muktamad dan akan mengikat pihak yang bertikai. Penguatkuasaan sesuatu award timbang tara bergantung pada jenis timbang tara. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, bagi timbang tara antara negara contohnya, penguatkuasaannya tidak mempunyai prosedur yang tertentu. Bagi timbang tara komersial antarabangsa pula, keputusan tribunal boleh dikuatkuasakan menerusi mahkamah domestik. Award timbang tara antara negara juga tidak muktamad kerana ia boleh dikaji semula, diperbetul atau dibatalkan dengan cara membawanya semula ke tribunal timbang tara atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa, bergantung pada perjanjian timbang tara. Award timbang tara komersial antarabangsa pula adalah muktamad, kecuali menjadi sebaliknya berdasarkan peraturan timbang tara yang mengawal selia sesuatu prosiding timbang tara tersebut.
arbitrationtimbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProsedur yang digunakan oleh pihak-pihak yang bertelingkah dalam menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah melalui pihak ketiga. Orang atau pihak yang menyelesaikan sesuatu masalah pertikaian tersebut dikenali sebagai penimbang tara yang dipilih sendiri oleh pihak yang bertelingkah. Keputusan yang dibuat oleh penimbang tara adalah muktamad dan mengikat. Timbang tara boleh digunakan antara individu, kumpulan atau negara. Keputusan penimbang tara dikenali sebagai award.
partaraEkonomiTiadaTiada
arbitratemenimbang taraSains PolitikHubungan AntarabangsaKaedah yang digunakan bagi menyelesaikan konflik antara negara yang bertelagah dalam sesuatu isu. Terdapat dua ciri utama menimbang tara, iaitu pertama sebagai proses mencari penyelesaian yang memerlukan kedua-dua pihak yang berkonflik secara sukarela memberikan hak kepada pihak ketiga sebagai pengadil. Kedua, biasanya pihak pengadilan bebas dan tidak terikat dengan sesuatu set peraturan yang khusus. Sejarah kaedah tersebut bermula di Hague hasil persidangan perdamaian antarabangsa yang diadakan pada tahun 1899. Mahkamah menimbang tara ini kekal di Hague sehingga kini. Terdapat banyak kes konflik yang berjaya diselesaikan. Walaupun tidak terdapat badan penguatkuasaan terhadap keputusan yang dibuat melalui mekanisme pengadilan ini, kebanyakan keputusan dipatuhi oleh pihak yang bertelagah. Contohnya, keputusan pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia dalam isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang memberi hak milik kepada Malaysia telah dipatuhi oleh kedua-dua pihak.
arbitration tribunaltribunal timbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan yang dianggotai oleh lebih daripada seorang individu yang berkelayakan terutamanya dalam bidang undang-undang. Badan ini bertanggungjawab membuat keputusan bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak yang bertelingkah. Jumlah anggota tribunal perlu dalam jumlah yang ganjil, contohnya tiga atau lima orang. Cara pemilihan anggota tribunal boleh ditentukan oleh perjanjian timbang tara antara pihak yang bertikai atau berdasarkan kaedah prosedur timbang tara. Dalam timbang tara antara negara, pihak yang bertelingkah boleh mencadangkan anggota dari negara masing-masing tetapi mereka mesti bersetuju melantik anggota berkecuali bagi menganggotai tribunal tersebut. Jika pihak yang bertelingkah gagal mencapai persetujuan, perjanjian timbang tara boleh memberikan kuasa melantik kepada pihak ketiga.
arbitral tribunaltribunal timbang taraSejarahTiadaTribunal yang berfungsi untuk menimbang tara sesuatu keputusan dalam menyelesaikan masalah.
arbitration agreementperjanjian timbang taraUndang-undangTiadaPerjanjian untuk merujuk kepada penimbang tara jika pertelingakahan berlaku.
arbitration ruling / awardkeputusan timbang taraPentadbiran PerniagaanTiadaKeputusan yang menyelesaikan perbalahan tentang timbang tara antara dua pihak yang dibawa kepada badan perunding.
international arbitral processproses timbang tara antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu kaedah perundangan bagi menyelesaikan pertelingkahan antara negara di dunia. Proses ini perlu mendapat persetujuan daripada pihak bertelingkah. Kaedah ini membenarkan pihak bertelingkah untuk memilih penimbang tara yang sesuai, undang-undang yang digunakan, dan tempoh masa yang diberikan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan pertelingkahan tersebut. Keputusan daripada kaedah ini merupakan satu keputusan yang mengikat dan mesti dipatuhi oleh pihak bertelingkah.
12345678910...

Kembali ke atas