Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.rah] | تاره

Definisi : rata (selepas dipepat, dirimbas, dll); ~ kasau diasah supaya rata (gigi); bertarah sudah diratakan dgn beliung dll (batang kayu dll); sudah ~ berdongkol pula prb Mn setelah suatu perselisihan diselesaikan timbul pula perselisihan yg lain; menarah meratakan atau melicinkan (kayu, batu, tanah, dll) dgn rimbas dll: dia asyik ~ dan mengukir papan cengal; tarahan 1. yg sudah ditarah; 2. cara (kaedah) menarah; penarahan proses (kerja, perbuatan dsb) me­narah: ~ bukit itu dijalankan oleh sebuah syarikat yg membekalkan tanah merah; penarah alat utk menarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rah] | تاره

Definisi : ; bertarah sudah diratakan dgn beliung dll (bkn kayu dsb). menarah meratakan kayu dsb dgn kapak dll: Mereka sedang ~ kayu merbau utk dibuat lantai. tarahan 1 sesuatu yg sudah ditarah. 2 cara menarah. 3 hasil menarah. penarahan perbuatan atau proses menarah: ~ bukit itu dihentikan atas arahan pihak berkuasa. penarah alat utk menarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarah
Kata Terbitan : bertarah, menarah,