Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tar.bus] | طربوس

Definisi : sj kopiah yg tinggi dan diberi berjambul (dibuat drpd lakan merah), kopiah Turki;bertarbus memakai tarbus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tar.bus] | طربوس

Definisi : kopiah yg tinggi dan diberi berjambul (biasanya dibuat drpd sj kain halus yg berwarna). bertarbus memakai tarbus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tarbus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
feztarbusSosiologiTiadaTiada
feztarbusKesenianTiada1. Fabrik felt berwarna merah, berjurai di tengah tajuknya, pakaian lelaki Turki sehingga 1925.,2. Topi wanita yang dinamakan sempena bandar Fez di Morocco.
stambulstambulMuzikTiada

Teater atau opera popular yang wujud di Surabaya pada abad ke-19 dan abad ke-20. Stambul ialah singkatan daripada perkataan Istanbul. Pada awal kemunculannya, cerita Timur Tengah dipentaskan. Kostum dengan tarbus merah dari Turki atau Arab dipakai semasa pertunjukan teater ini. Unsur cerita Cina, Jawa dan Eropah ditambah secara beransur-ansur. Teater ini diiringi muzik Barat dan keroncong stambul yang dimainkan oleh orkestra Barat dan dipentaskan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Stambul mempunyai persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti likay di Thailand, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong di Vietnam. Sinonim komedi stambul. Lihat juga keroncong.


Kembali ke atas