Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.rian] | تارين

Definisi : gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rian] | تارين

Definisi : gerakan badan, kaki serta tangan mengikut tingkah atau mengikut rentak muzik: ~ payung; ~ piring; ~ selendang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARIAN RAKYAT

Tarian rakyat adalah tarian tradisional sesuatu

bangsa atau kumpulan etnik. Sepanjang sejarah,

hampir setiap budaya mengasaskan tarian rakyat

mereka yang tersendiri. Tarian rakyat diwariskan

daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Manusia telah mencipta lagu tarian , sejenis muzik

rakyat, untuk mengiringi kebanyakan tarian.

Kebanyakan tarian rakyat asalnya merupakan

satu bentuk keramaian, amalan keagamaan, atau

suatu kaedah untuk mengawal kuasa misteri.

Bentuk dan gerakan kebanyakan tarian ini

berdasarkan kepercayaan tahayul. Misalnya,

beberapa tarian rakyat awal ditarikan dalam bentuk

bulatan kerana manusia percaya bahawa bentuk ini

mempunyai kuasa ajaib. Dalam sesetengah budaya

awal, gerakan yang membentuk bulatan dipercayai

membawa nasib yang baik atau menghalau kuasa

jahat.

UMUM 
TARIAN DABUS

TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TARIAN DATARAN

Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di

Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan

yang dianggotai oleh empat pasang penari.

Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi

empat ataupun dalam susunan bulatan yang

dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh

menari berbaris memanjang , dengan dua baris

pasangan bertentangan.

UMUM 
TARIAN GAMELAN

TARIAN GAMELAN, tarian tradisional negeri Pahang dan Terengganu. Tarian ini terkenal juga pada awalnya dengan nama joget Pahang. Mengikut sejarahnya, tarian ini mula berkembang di negeri tersebut pada akhir abad ke-19. Tarian ini merupakan tarian istana dan kegemilangannya digerakkan oleh kalangan istana. Pada sekitar tahun 1920-an, tarian ini mendapat tempat di istana Kuala Terengganu dan semasa di sini tarian ini juga dinamakan tarian yang mengandungi ‘cerita’. Nama tarian gamelan lebih merujuk kepada set alat bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TARIAN MELAYUKonsepKESENIANKonsep
TARIAN ASYIK

TARIAN ASYIK, tarian tradisional negeri Kelantan.  Asyik dalam pengertian tarian ini ialah `kekasih’ dan tarian asyik bererti `tarian kekasih’.  Pada masa dahulu, tarian ini dipersembahkan semasa upacara keramaian di istana raja-raja Kelantan.  Oleh itu, penari-penari asyik ini selalunya terdiri daripada dayang-dayang istana dan mereka dilatih khas dengan kemahiran yang tinggi menarikan tarian ini.  Tarian ini sering mengisi acara majlis perkahwinan, terutamanya pada malam berinai dan malam berinai besar.  Tarian ini juga sering dipersembahkan semasa hari temasya negeri.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TARIAN BALAI

TARIAN BALAI, sejenis tarian tradisional Melayu yang berasal dari Terengganu.  Pada awalnya, tarian ini merupakan tarian berunsurkan pemujaan semangat padi, yang dipersembahkan oleh para petani selepas musim menanam padi.  Tetapi kemudiannya tarian ini berubah menjadi tarian yang terkenal dan diminati oleh masyarakat Melayu Terengganu.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TARIAN TRADISIONAL

TARIAN TRADISIONAL, gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Tarian tradisional mula berkembang semenjak zaman kerajaan Sriwijaya. Kesan sejarah perkembangannya terdapat di beberapa kawasan seperti kerajaan Melayu di Patani, Kelantan dan Kedah. Kemunculan beberapa tarian rakyat dan tarian istana terus berkembang semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ataupun semasa zaman kemerosotannya. Jika tarian rakyat memperlihatkan ciri-ciri bermain secara spontan, lincah dengan aksi dan gerak bebas, tarian istana pula memperlihatkan susunan gerak perlahan dan lembut dengan iringan irama yang tenang. Tarian berunsur Arab Parsi seperti zapin, hadrah dan gambus turut tersebar sebagai tarian rakyat yang popular.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TARIAN BUBU

TARIAN BUBU, tarian yang menggunakan bubu.  Tarian ini kadang-kadang disebut juga tarian lukah.  Yang menari adalah sebuah bubu yang dipuja dan dijampi oleh seorang bomoh atau dukun.  Selain bomoh, beberapa orang pembantu diperlukan untuk menjayakan tarian ini.  Di Pahang, pembantu bomoh atau dukun yang menjayakan tarian ini haruslah seorang lelaki yang gagah dan bertenaga. Tetapi di Perak, pembantunya terdiri daripada seorang perempuan dan dua orang lelaki.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TARIAN LABI-LABI

TARIAN LABI-LABI, tarian tradisional Pahang. Tarian ini dipercayai berasal dari kawasan Endau, di daerah Rompin Pahang. Selain itu, tarian ini juga terdapat di daerah Pekan. Tarian berunsur komedi ini mempunyai sejarah legendanya yang tersendiri.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
123456789

Kembali ke atas