Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ri.kan]/[ta.ri/.kan] | تاريقن

Definisi : 1. sesuatu yg ditarik, hasil menarik; 2. daya menarik, perihal menarik: ~ bumi ke atas sesuatu benda yg berdekatan dengannya disebut berat benda itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ri.kan]/[ta.ri/.kan] | تاريقن

Definisi : 1 sesuatu yg ditarik. 2 daya yg menarik: ~ bumi daya atau kuasa yg menarik sesuatu ke arah pusat bumi; graviti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
geotropismegeotropismPergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap daya tarikan graviti. Akar utama tumbuh mengikut tarikan graviti (geotropisme positif), manakala pucuk utama tumbuh menjauhi tarikan graviti (geotropisme negatif).Menengah Atas
tarikanpullDaya yang membolehkan sesuatu objek menghampiri objek yang lain.Sekolah Rendah
tarikan transpirasitranspiration pullDaya tarikan molekul air dalam tumbuhan akibat penyejatan air dari daun.Menengah Atas
geotropismegeotropismGerak balas tumbuhan terhadap daya tarikan graviti. Contohnya, pertumbuhan akar tumbuhan mengikut arah tarikan graviti.Menengah Rendah
beratweightTarikan daya graviti ke atas sesuatu objek.Sekolah Rendah
dayaforceTolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberi kesan. Daya membolehkan sesuatu objek bergerak, bertambah laju, berhenti bergerak, berubah bentuk dan bertukar arah.Sekolah Rendah
daya magnetmagnetic forceDaya tarikan atau tolakan yang dialami oleh objek yang berada dalam medan magnet. Lihat RajahMenengah Rendah
kemagnetanmagnetismPerihal kekuatan daya tarikan magnet terhadap bahan magnet.Sekolah Rendah
daya lekitancohesion forceDaya tarikan antara molekul yang sama, seperti molekul air.Menengah Atas
daya lekatanadhesion forceDaya tarikan antara dua molekul yang berbeza. Contohnya, daya antara molekul air dengan dinding kapilari xilem.Menengah Atas
123

Kembali ke atas