Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ring] | تاريڠ

Definisi : 1. gigi yg runcing dan tajam, caling, gigi asu, saing, siung; 2. ki kekuasaan (keberanian, kekuatan dsb) utk melakukan se-suatu: dia tidak disegani lagi kerana dianggap sudah kehilangan ~nya; bertaring 1. mempunyai taring, ada taring-nya; 2. berbentuk spt taring: misainya ~ misainya tajam dan bentuknya spt taring; 3. ki mempunyai kuasa (keberanian, kekuatan dsb): biarlah stesen televisyen lebih ~ drpd pihak penaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ring] | تاريڠ

Definisi : sj ikan laut, Euxiphippos sexstriatus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ring] | تاريڠ

Definisi : ~ pelanduk a) sj ikan laut, Euxiphippos sexstriatus; b) sj ikan laut, Pomacanthus annularis; c) sj ikan laut, Chaetodontoplus septentrionalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ring] | تاريڠ

Definisi : ~ pelanduk a) sj tumbuhan (pokok), gigi buntal, Stemonurus capitatus; b) sj tum-buhan (pokok), bunga tampang cina, medang beluluk, pokok ikan mati, tuba buah, Diospyros wallichii; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), gadung (lilin, mabuk), gadungan, sulur gadung, ubi akas, Dioscorea hispida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ring] | تاريڠ

Definisi : gigi yg runcing dan tajam; gigi asu; siung. bertaring 1 ada taringnya. 2 berbentuk spt taring: Misainya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taring (kata nama)
Bersinonim dengan siung, sangir, gigi asu, gigi anjing, saing.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gigi taringcanine teethGigi yang berbentuk seperti kon, tajam, mempunyai satu akar, dan terletak di belakang gigi kacip. Gigi taring berfungsi untuk menyiat makanan.Sekolah Rendah
gigi taringcanine toothGigi yang berbentuk kon dan tajam, terletak di belakang gigi kacip. Gigi ini berfungsi untuk menebuk, menggigit dan mengoyak daging atau makanan lain.Menengah Rendah
geraham kecilpremolarGigi yang terletak di antara gigi taring dengan gigi geraham besar.Menengah Rendah
karnivorcarnivoreHaiwan yang memakan daging. Haiwan jenis ini mempunyai gigi taring yang tajam dan otot rahang yang kuat untuk menggigit, menyiat dan mengunyah makanan. Contohnya, harimau dan singa.Menengah Rendah
omnivoromnivoreHaiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Haiwan kumpulan ini menggunakan gigi kacip, gigi taring dan gigi molar rata untuk memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya, beruang.Menengah Rendah
gigi kekalpermanent teethGigi yang tumbuh menggantikan gigi susu. Biasanya bilangan gigi kekal akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun. Set gigi ini termasuklah gigi kacip, gigi taring, geraham kecil, dan gigi geraham. Lihat RajahSekolah Rendah
gigi susumilk teethGigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas