Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tas] | تس

Definisi : bunyi spt bunyi letupan mercun (meriam, senapang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tas] | تس

Definisi : IB tempat menyimpan surat (buku dll) yg dibuat drpd kulit dll; ~ tangan beg tangan (perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tas] | تس

Definisi : ark sl cepat, lekas, segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tas] | تس

Definisi : beg kecil yg dibawa ketika ber­pergian: ~ tangan beg tangan (orang perempuan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan terima kasih dia tas jawaban yang lalu. Saya masih banyak kemusykilan lagi. 1. wujudkah perkataan mengkehendaki atau tidak? masalah dengan imbuhan meng --- i 2. Bagaimana dengan perkataan berkehendakkan? Adakah kedua-duanya membawa maksud yang sama, want atau mahu dalam konteks yang formal. tolong jelaskan. 3. Adakah betul istilah pemunya proses bagi Process Owner? Terima kasih

1. Perkataan mengkehendaki wujud dan sama maknanya dengan mengingini 

2. Perkataan berkehendakkan boleh digunakan yang bermaksud  berkehendak akan, atau me­mer­lukan.  

3.Padanan Process Owner ialah pemunya proses atau pemilik proses, walau bagaimanapun terjemahan ini disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. 

Tatabahasa27.08.2010
Suku melintasMe-lin-tasTatabahasa02.09.2008
DEFINISI TENTANG JENAYAH RAGUTMenurut Kamus Dewan, "Jenayah biasanya dikaitkan dengan perbuatan, kejahatan seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain atau perbutan yang salah disisi undang-undang. " Menurut Kamus Dewan, Ragut;meragut "- ialah menarik (menyentak,merabut,mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan. Jenayah ragut boleh ditakrifkan sebagai menarik, menyentak,merabut atau mencabut, kebiasaannya dikaitakan dengan tas tangan dan lazimnya perbuatan ini salah dan tanpa kerelaan mangsa.Makna21.08.2006
Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI?

Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang  mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh:

  • Awalan kata kerja me- (me+rentas)
  • Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)

Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya:                              

  • Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
  • Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.

Tatabahasa07.02.2019

Kembali ke atas