Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tas.bih] | تسبيح

Definisi : Ar 1. puji-pujian kpd Allah (dgn me-lafazkan Subhanallah); 2. serantai manik (drpd batu dll) spt kalung utk menghitung doa (zikir): ia senantiasa membilang buah ~ sepanjang hari; 3. rosario (dlm agama Kristian); sembahyang ~ a) sembahyang sunat yg di-kerjakan dgn membaca tasbih sebanyak 75 kali pd setiap rakaat mengikut urutan (dlm agama Islam); b) berdoa dgn membilang buah tasbih (dlm agama Kristian); bertasbih membaca (melafazkan) tasbih, melafazkan puji-pujian kpd Allah: mendengar bacaan al-Quran, berzikir, ~, bertahmid dan berdoa; mentasbihkan memuji-muji Tuhan, mem­baca tasbih terhadap (Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tas.bih] | تسبيح

Definisi : buah ~ = pisang ~ sj tumbuhan (herba), sebih, sigi-sigi, Canna orientalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tas.bih] | تسبيح

Definisi : 1 doa utk memuji-muji Allah dgn melafazkan kalimah Subhanallah berulang-ulang. 2 rantai drpd manik dll yg digunakan utk menghitung doa atau zikir. bertasbih 1 membaca tasbih; melafazkan puji-pujian kpd Allah. 2 memakai atau menggunakan tasbih. mentasbihkan membaca (doa) utk memuji-muji Allah: ~ doa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tasbih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ejaan yang betul, tasbih kafarah atau tasbih kaffarah?Ejaan yang betul ialah tasbih kafarah. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 935 dan 2266).Ejaan01.03.2023
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah.1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga.Tatabahasa22.07.2008

Kembali ke atas