Apakah istilah Bahasa Melayu berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk perkataan "tofu"? Adakah ia "tahu", "tauhu", ataupun kedu-duanya pun boleh digunakan? | Salam sejahtera, Tuan, Padanan bahasa Melayu bagi tofu ialah tauhu. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Istilah | 17.09.2017 |
SAYA NAK TAHU PERKATAAN YANG BETUL BAGI TOFU PUFF | Tofu Puff dalam bahasa Melayu adalah Paf Tauhu. | Istilah | 15.03.2021 |
Saya ingin mengetahui maksud gado-gado, epok-epok dan dekak-dekak. Terima kasih. | Gado-gado ialah sejenis makanan daripada sayur-sayuran, tempe, tauhu dan sebagainya yang digaul dengan kuah kacang. Epok-epok ialah sejenis kuih berintikan sayur. Dekak-dekak ialah sempoa. | Makna | 18.10.2011 |
ejaan yang betul sama ada pasembur atau pasembor? | Ejaan yang betul ialah pasembor. Frasa yang dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah rojak pasembor dan takrifnya adalah seperti yang berikut: rojak pasembor makanan yg biasanya terdiri drp campuran cucur, telur rebus, timun, tauhu goreng dan mi, dan dimakan bersama kuah kacang | Lain-lain | 21.06.2021 |