Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.waf]/[ta.waf] | طواف

Definisi : Ar mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dgn syarat tertentu sambil berdoa (bkn orang yg sedang mengerjakan haji atau umrah): pekerjaan yg berhubung dgn umrah, iaitu ~ dan sai; ~ berpisah = ~ widak tawaf yg dilakukan oleh setiap orang yg mengerjakan haji ketika hendak keluar meninggalkan Mekah; ~ ifadat tawaf rukun dlm ibadat haji dan umrah; ~ qudum = ~ tiba tawaf kerana selamat tiba di Kaabah yg dilakukan oleh setiap orang yg baru masuk ke Mekah sebaik-baik sahaja tiba di sana; ~ sunat tawaf biasa yg boleh dilakukan pd bila-bila masa sahaja; bertawaf melakukan (mengerjakan) tawaf: sedang saya ~ di Baitullah dlm orang ber-sesak-sesak tiba-tiba tangan saya dilanggar oleh orang perempuan yg sama-sama sedang melakukan tawaf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.waf]/[ta.waf] | طواف

Definisi : 1 perbuatan berjalan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berdoa (dilakukan sbg ibadat). ~ ifadah tawaf yg menjadi rukun dlm ibadat haji atau umrah. ~ qudum tawaf yg sunat dilakukan oleh orang-orang yg baru tiba di Mekah. ~ widak tawaf yg wajib dilakukan oleh setiap jemaah haji (umrah) ketika hendak keluar dr Mekah. 2 = bertawaf mengerjakan atau melakukan tawaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tawaf


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sementara TawafAjip RosidiDewan Masyarakat15 October 1979
Setelah Tawaf Selamat TinggalA. Wahab AliDewan Sastera15 December 1979
Mohd. Isnin Tawaf menggali pengalaman dari pelbagai mediaTiadaDewan Sastera15 September 1984
ZaMohd.Isnin TawafSarina1 October 1982
RinduMohd. Isnin TawafDewan Sastera15 September 1984
HanMohd. Isnin TawafDewan Sastera15 September 1984
GhairahMohd. Isnin TawafDewan Sastera15 September 1984
Ulasan bukuIsnin TawafSarina1 April 1983
Kuala TrengganuMohd. Isnin TawafSarina1 February 1983
Adik DatangMohd. Isnin TawafSeri1 August 1993
123

Kembali ke atas