Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.waf]/[ta.waf] | طواف

Definisi : Ar mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dgn syarat tertentu sambil berdoa (bkn orang yg sedang mengerjakan haji atau umrah): pekerjaan yg berhubung dgn umrah, iaitu ~ dan sai; ~ berpisah = ~ widak tawaf yg dilakukan oleh setiap orang yg mengerjakan haji ketika hendak keluar meninggalkan Mekah; ~ ifadat tawaf rukun dlm ibadat haji dan umrah; ~ qudum = ~ tiba tawaf kerana selamat tiba di Kaabah yg dilakukan oleh setiap orang yg baru masuk ke Mekah sebaik-baik sahaja tiba di sana; ~ sunat tawaf biasa yg boleh dilakukan pd bila-bila masa sahaja; bertawaf melakukan (mengerjakan) tawaf: sedang saya ~ di Baitullah dlm orang ber-sesak-sesak tiba-tiba tangan saya dilanggar oleh orang perempuan yg sama-sama sedang melakukan tawaf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.waf]/[ta.waf] | طواف

Definisi : 1 perbuatan berjalan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berdoa (dilakukan sbg ibadat). ~ ifadah tawaf yg menjadi rukun dlm ibadat haji atau umrah. ~ qudum tawaf yg sunat dilakukan oleh orang-orang yg baru tiba di Mekah. ~ widak tawaf yg wajib dilakukan oleh setiap jemaah haji (umrah) ketika hendak keluar dr Mekah. 2 = bertawaf mengerjakan atau melakukan tawaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tawaf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum... pertanyaan saya tentang istilah widak dan wadak - menurut kamus Perdana, haji widak bukan haji wadak tetapi tawaf menggunakan wadak - widak dan wadak - apakah bezanya? Mana satukah yg hendak digunakan? Bukankah kedua-dua istilah itu merujuk kpd makna yg satu, iaitu perpisahan. saya sedang menyelenggarakan projek terjemahan hadith sahih muslim. saya perlu menyeragamkan penggunaan istilah widak/wadak utk haji dan tawaf. adakah saya perlu menggunakan istilah wadak utk haji dan tawaf atau widak? mohon maklum balas segera. terima kasih.Keputusan terkini ialah widak dirujuksilangkan kepada wadak seperti dalam frasa "tawaf wadak" atau "tawaf berpisah" dan "khutbah wadak" atau "khutbah terakhir". Frasa  "haji widak" atau "haji perpisahan" perlu diselaraskan/dibetulkan menjadi haji wadak. Hal ini bermakna ejaan/kata yang tepat ialah wadak.Ejaan28.06.2023
Saya keliru dengan beberapa perkataan arab sama ada perlu ditransliterasi atau tidak kerana perkataan arab yang sudah menjadai sebutan umum bm, tidak perlu ditransliterasi lagi.Perkataannya ialah- ibadah,solat, tawaf, liwat, nikah, fasakh,ulama, fuqaha,syara',biah,wuduk,aib, aqli,al-Quran, al-Sunnah, reda(maksudnya rela).Harap tuan dapat membantu adakah perkataan di atas perlu ditransliterasi atau tidak.

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya; sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat, zalim dan sebagainya. Manakala istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transiliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi. Contohnya; hadith, isti'mal, qunut, riya' dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi, terbitan DBP.

Tatabahasa16.02.2010
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'huruf besar' (capitalization) bagi perkataan yang diambil daripada Bahasa Arab. Bagi perkataan-perkataan berikut, adakah boleh sekiranya huruf besar digunakan di setiap permulaan kata, sebagaimana yang dituliskan di bawah ini? - Tanah Haram - Miqat - Tawaf - Ihram Harap dapat memberikan penjelasan. Terima kasih.Perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja mengikut sistem bahasa asalnya, kecuali yang telah diterima sebagai kata umum.
    Oleh itu, penggunaan huruf besar bagi perkataan Arab hanya digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama tempat, nama orang, nama institusi Dan sebagainya. Ia juga boleh ditulis dengan huruf besar apabila berada pada permulaan kata dipangkal ayat, pada permulaan kata cakap ajuk, Dan pada permulaan baris-baris puisi iaitu sama seperti sistem dalam bahasa Melayu. 
Contoh:
Tanah Haram - ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kerana menunjukkan nama tempat.
Miqat - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat.
Tawaf - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat.
Ihram - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat.
Lain-lain18.02.2008

Kembali ke atas