Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.yar] | تاير

Definisi : lingkaran getah yg dipasang di sekeliling roda (utk mengurangkan getar); ~ cadangan (ganti, simpan) tayar utk mengganti tayar yg rosak. ~ hidup = ~ angin tayar yg diisi dgn udara (angin); ~ mati = ~ padu tayar yg pejal (padat) dan tidak berongga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.yar] | تاير

Definisi : lingkaran getah yg dipasangkan pd roda sesuatu kenderaan utk mengu­rangkan getaran. ~ mati (padu) tayar yg pejal yg tidak berisi angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tayar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penjodoh bilangan untuk tayar: sebuah tayar atau sebiji tayar? Terima kasihJika mengambil kira penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah sebiji. Namun, tidak semua benda mempunyai/memerlukan penjodon bilangan.  Tatabahasa02.12.2010
Angin di dalam tayar sudah berkurang.Tambahkan angin ke dalam tayar. Ayat di atas betul keAyat "Angin di dalam tayar sudah berkurang. Tambahkan angin ke dalam tayar" adalah betul.





Tatabahasa04.04.2022
Salam Sejahtera, Adakah penggunaan ayat "TAYAR SIRI PROXES UNTUK PRESTASI TINGGI" boleh distruktur semula menjadi "TAYAR PROXES SIRI UNTUK PRESTASI TINGGI".Pembetulan yang dicadangkan ialah SIRI TAYAR PROXES BERPRESTASI TINGGIPenyemakan dan penterjemahan19.10.2016
Assalamualaikum, Mana satukah ayat yang betul untuk sekolah rendah. 1. Kereta itu ada empat tayar 2. Kereta itu ada tayar empat Mohon pencerahan daripada pakar. Terima kasih.Ayat yang betul ialah ayat 1.: Kereta itu ada empat tayar.  Apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan, maka penerang demikian boleh mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama seperti:  empat tayar
             sekawan burung
              tiga helai sapu tangan
              semua pasukan
Lain-lain13.05.2016
Tolong betulkan ayat-ayat yang berikut (a) Saya meminjamkan Ali sebuah buku. (b) Saya mengepam angin ke dalam tayar. (c) Saya mengepamkan tayar dengan anginAyat yang tepat.

1. Saya meminjamkan sebuah buku kepada Ali.
2. Ayat (b) dan (c) tidak boleh dibetulkan.
Tatabahasa21.11.2015
Ayat-ayat yang berikut yang manakah betul dan gramtis? (a) Saya meminjamkan Ali sebuah buku. (b) Ali meminjam buku. (c) Saya mengepam angin ke dalam tayar. (d) Saya mengepamkan tayar dengan anginAntara keempat-empat yang diberikan, ayat yang gramatis ialah:

(b) Ali meminjam buku.
Tatabahasa15.11.2015
Pusat Tayar dan servis keretaSila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain02.09.2016
PUSAT SERVIS TAYAR DAN KERETAUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila layari laman web berkenaan dan daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan.Lain-lain27.09.2017
Angin di dalam tayar sudah berkurang.Tambahkan angin ke dalam tayar. Ayat di atas betul ke?Ayat tersebut betul.Lain-lain28.03.2022
1. Di tepi tayar ada kucing. 2. Kucing ada ditepi tayar. soalan: Ayat di atas mana yang lebih sesuai?Kedua-dua ayat tersebut sesuai digunakan berdasarkan Tatabahasa Dewan tetapi perlu disesuaikan mengikut konteks dan pengunaannya. Tatabahasa28.11.2020
1234

Kembali ke atas