Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.yar] | تاير

Definisi : lingkaran getah yg dipasang di sekeliling roda (utk mengurangkan getar); ~ cadangan (ganti, simpan) tayar utk mengganti tayar yg rosak. ~ hidup = ~ angin tayar yg diisi dgn udara (angin); ~ mati = ~ padu tayar yg pejal (padat) dan tidak berongga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.yar] | تاير

Definisi : lingkaran getah yg dipasangkan pd roda sesuatu kenderaan utk mengu­rangkan getaran. ~ mati (padu) tayar yg pejal yg tidak berisi angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tayar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAYAR

Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah

roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah

yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan

pneumatik (diisikan dengan udara mampat) . Ia

digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta,

jentera melombong, motosikal, kenderaan

rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam

kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat

daripada getah padat, seperti yang digunakan pada

kereta sorong.

UMUM 
DUNLOP, JOHN BOYD

Dunlop, John Boyd (1840–1921) ialah pakar

bedah veterinar Scotland, mempaten tayar

pneumatik (tayar diisi angin) bagi tujuan komersial

yang berjaya dibuat di Britain pada tahun 1888.

UMUM 
PAM

Pam ialah sejenis peranti yang menggerakkan

atau memadatkan cecair dan gas. Pam digunakan

dalam pelbagai jenis mesin dan peranti lain,

termasuklah dalam sistem pemanas rumah, peti

sejuk, telaga minyak dan perigi, dan enjin turbojet

dan kereta. Bendalir (sama ada gas atau cecair)

yang digerakkan oleh pam termasuk udara untuk

mengembungkan tayar basikal hinggalah kepada

cecair natrium dan cecair kalium untuk

menyejukkan reaktor nuklear. Kebanyakan pam

dibuat daripada keluli, tetapi ada juga yang

dibuat daripada kaca atau plastik. Pam gas juga

dikenali sebagai pemampat, kipas, atau

penghembus.

UMUM 

Kembali ke atas