Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.yar] | تاير

Definisi : lingkaran getah yg dipasang di sekeliling roda (utk mengurangkan getar); ~ cadangan (ganti, simpan) tayar utk mengganti tayar yg rosak. ~ hidup = ~ angin tayar yg diisi dgn udara (angin); ~ mati = ~ padu tayar yg pejal (padat) dan tidak berongga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.yar] | تاير

Definisi : lingkaran getah yg dipasangkan pd roda sesuatu kenderaan utk mengu­rangkan getaran. ~ mati (padu) tayar yg pejal yg tidak berisi angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tayar


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
celuptidak asli; palsu. emas ~ emas saduran. tayar ~ tayar lama yg telah dibaharui bunganya. bercelup berlapis; bersalut: ~ emas berlapis atau bersadur emas. mencelup mewarnai sesuatu (spt kain) dgn memasukkannya ke dlm air berwarna: ~ kain dgn warna biru. mencelupkan memasukkan sesuatu ke dlm cecair: ~ mata pen ke dlm dakwat. celupan apa-apa yg sudah dicelup; hasil mencelup. pencelup 1 bahan atau air berwarna utk mencelup. 2 orang yg kerjanya mencelup; tukang celup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
celupki tiruan, palsu, tidak asli; orang putih ~ orang yg hendak berlagak dll spt orang putih; tayar ~ tayar tua yg telah dibaharui bunganya; tukang ~ orang yg kerjanya mewarnai kain dll; bercelup 1. berlapis (bersalut); ~ emas ber­lapis air emas; 2. sl bercelur; ~ minyak ber­sumpah dgn memasukkan jari ke dlm minyak yg menggelegak utk menentukan kesalahan orang; mencelup 1. memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dlm benda yg cair: sebelum digoreng pergedel itu mesti dicelup ke dlm telur; 2. memberi berwarna dgn memasuk­kannya ke dlm air berwarna (kain dll): ~ kain; 3. ki membentuk (fikiran, faham, semangat, dll), melatih, mengajar: mereka dicelup di Oxford dan di Cambridge; celupan hasil mencelup; pencelupan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) mencelup: ~ kain; pencelup air dll yg berwarna utk mencelup.Kamus Dewan Edisi Keempat
simpan1. sl singkat (cerita, kisah, dll), ring­kas; mengambil ~ meringkaskan (cerita dll), menyingkatkan; 2. cadangan; hutan ~ hutan yg dipelihara sbg cadangan; tayar ~ tayar cadangan; bersimpan sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia; menyimpan 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; menyimpankan 1. menyimpan utk; 2. me­nyuruh simpan kpd; tersimpan 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita; simpanan 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg di­simpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; penyimpanan 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan); penyimpan orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
tayar cadangantayar utk mengganti tayar yg rosak.Kamus Dewan Edisi Keempat
tayarlingkaran getah yg dipasang di sekeliling roda (utk mengurangkan getar); ~ cadangan (ganti, simpan) tayar utk mengganti tayar yg rosak. ~ hidup = ~ angin tayar yg diisi dgn udara (angin); ~ mati = ~ padu tayar yg pejal (padat) dan tidak berongga.Kamus Dewan Edisi Keempat
pancit IImenjadi kempis kerana keluar angin­nya akibat tertusuk benda tajam, pecah dsb (bkn tayar kereta, basikal dsb), bocor: tayar kiri keretanya ~; dia lewat sampai ke pejabat kerana tayar motosikalnya ~; memancitkan menyebabkan tayar, belon dsb kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb, membocorkan: dia sudah berani ~ tayar kereta gurunya; pemancitan perbuatan memancitkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pancit IIbocor atau pecah (bkn tayar). memancitkan menyebabkan (tayar) pancit kerana keluar anginnya (akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb: Budak-budak nakal itu ~ tayar keretanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tayar celuptayar lama yg telah dibaharui bunganya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tayar padutayar yg pejal (padat) dan tidak berongga.Kamus Dewan Edisi Keempat
tayar matitayar yg pejal (padat) dan tidak berongga.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas