Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téa.ter] | تياتر

Definisi : (téater) 1. bangunan yg di dalamnya ter-dapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkem­bangan ~; berteater bergiat dlm bidang teater: jangan-lah asyik ~ sahaja hingga meng­abaikan tang­gung­­jawab yg lain; penteateran segala hal yg berkaitan dgn teater: alam ~ menunjukkan bahawa budaya Malaysia bersifat pelbagai bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téa.ter] | تياتر

Definisi : /téater/ 1 bangunan atau ge­langgang tempat mementaskan san­diwara, drama dsb. 2 penulisan dan pementasan; seni pentas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teater


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEATER SENI MOSCOW

Teater Seni Moscow, merupakan salah sebuah

teater yang paling berpengaruh pada tahun 1900-an.

Teater ini mempersembahkan pementasan drama

oleh pengarang Rusia yang terkenal dan pernah

membuat beberapa lawatan ke negara Barat. Teater

ini terkenal kerana pementasan drama yang ditulis

oleh penulis Rusia seperti Anton Chekhov, Maxim

Gorki, dan Leo Tolstoy.

UMUM 
TEATER

Teater ialah persembahan secara langsung yang

dilakukan di hadapan para penonton. Teater

melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas

hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih

tradisional, teater ialah bentuk seni yang

melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan

skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang

pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang

dicipta oleh penulis drama. Persembahan

dilakukan di hadapan penonton di ruang yang

direka bentuk bagi tujuan itu.

UMUM 
TEATER MODENKonsepKESENIANKonsep
EPIDAURUS

Epidaurus ialah tapak beberapa puing binaan

Yunani purba, termasuk sebuah teater terbuka

yang masyhur. Teater ini dibina kira-kira pada

tahun 200-an SM, dan antara teater Yunani

purba yang paling baik terpelihara.

UMUM 
SADLER'S WELLS

Sadler’s Wells ialah nama bagi sebuah teater

di London. Teater tersebut ialah tempat lahirnya

sebuah syarikat opera dan rombongan tarian

balet yang utama. Pada tahun 1683, seorang lelaki

bernama Sadler mendapati bahawa perigi yang

terletak di tanah kepunyaannya di utara London

mempunyai air yang boleh menyembuhkan

penyakit. Dia membina sebuah taman awam di

sekelilingnya. Ia menjadi masyhur sebagai kolam air

mineral dengan orang ramai boleh menikmati

pementasan dan muzik.

UMUM 
OLD VIC

Old Vic ialah teater yang terletak berhampiran

Waterloo Station di London. Bertahun-tahun

lamanya Old Vic menjadi pusat pementasan

drama Shakespear. Pada tahun 1963, tempat ini

menjadi rumah sementara bagi National Theatre.

Teater ini dibuka pada tahun 1818 sebagai

Coburg, tetapi namanya ditukar selepas lawatan

Ratu Victoria semasa baginda masih seorang

puteri.

UMUM 
ABSURDISMEAliran seni (teater) selepas perang dunia kedua.SASTERAKonsep
OPERETA

Opereta ialah sejenis teater muzikal yang

popular sejak pertengahan tahun 1800-an hingga

tahun 1920-an. Opereta berkembang daripada

opera komedi Perancis. Walau bagaimanapun,

tidak seperti opera, opereta mengandungi dialog

yang diucapkan, bukan dialog yang dinyanyikan,

dan lagu, bukan aria. Overtur opereta sering kali

lebih merupakan rangkai lagu daripada

pertunjukan itu daripada gubahan yang

berasingan, seperti dalam opera.

UMUM 
ANDERSON, MAXWELL

Anderson, Maxwell (1888–1959), penulis drama

Amerika, memperkenalkan keseriusan dan idealisme

ke dalam teater. Dia menulis beberapa drama

realistik, termasuk drama perang What Price Glory?

(bersama-sama Laurence Stallings, 1924) dan

melodrama psikologikal The Bad Seed (1955). Tetapi

sumbangannya yang utama ialah drama sejarah,

drama puisi, dan percubaan untuk menghidupkan

semula tragedi hero tradisional dalam teater moden.

UMUM 
MENDU

Mendu, teater tradisional Melayu lama yang berasal dari Kalimantan Barat.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
12345678910...

Kembali ke atas