Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téa.ter] | تياتر

Definisi : (téater) 1. bangunan yg di dalamnya ter-dapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkem­bangan ~; berteater bergiat dlm bidang teater: jangan-lah asyik ~ sahaja hingga meng­abaikan tang­gung­­jawab yg lain; penteateran segala hal yg berkaitan dgn teater: alam ~ menunjukkan bahawa budaya Malaysia bersifat pelbagai bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téa.ter] | تياتر

Definisi : /téater/ 1 bangunan atau ge­langgang tempat mementaskan san­diwara, drama dsb. 2 penulisan dan pementasan; seni pentas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teater


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alternative theatreteater alternatifKesenianDrama dan TeaterVariasi dalam persembahan teater yang memperlihatkan perbezaan daripada teater arus perdana. Teater jenis ini lebih berkonsepkan eksplorasi struktur. Permasalahan dan pemikiran yang hendak disampaikan dalam teater ini akan menentukan variasi yang ingin dicapai. Konsep teater alternatif ini bermula daripada teater pinggir.
avant-garde theatreteater avant-gardeKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater berasal dari Perancis yang memperlihatkan kelainan dari segi bentuk dan pemikiran berbanding teater sedia ada. Teater jenis ini menegaskan keaslian bentuk dan menentang konvensi.
underground theatreteater bawah tanahKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater oleh kumpulan teater kecil yang digunakan untuk mengkritik golongan berkuasa.
poor theatreteater miskinKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater yang menggunakan perbelanjaan minimum. Teater jenis ini biasanya dipersembahkan di ruang terbuka, tanpa sewaan panggung dan tidak mementingkan penggunaan set, kostum atau tatarias yang mewah. Tumpuan persembahan teater miskin lebih kepada pelakon dan bersifat mesra khalayak.
theatre reviewulasan teaterKesenianDrama dan TeaterEsei atau artikel yang menyorot tentang sesuatu persembahan teater. Ulasan teater biasanya berbentuk selayang pandang dan bukannya tulisan kritis yang mengupas secara mendalam.
stock companykumpulan tetapKesenianDrama dan TeaterKumpulan teater yang sering mempersembahkan teater di sesebuah panggung secara tetap. Para pelakon kumpulan ini biasanya terdiri daripada orang yang sama. Kumpulan ini juga memberikan peluang kepada bakat baharu. Kelebihan kumpulan teater jenis ini ialah para petugasnya dapat melakukan kerja dengan pantas dan lancar kerana mempunyai pengalaman sedia ada.
fringe theaterteater pinggirKesenianDrama dan TeaterBentuk persembahan yang bergerak secara kecil-kecilan untuk menegaskan kelainan pemikiran berbanding teater arus perdana. Berbeza dengan teater arus perdana teater pinggir tidak mementingkan panggung tetap dalam usaha membawa seni mereka kepada khalayak.
absurd theatreteater absurdKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater yang mengandungi ciri surealis. Teater jenis ini dimulakan oleh dramatis seperti Samuel Backett dan Eugene Ionesco sekitar tahun 1950-an di Barat. Lihat jugaabsurdisme.
black theatreteater hitamKesusasteraanTiadaTeater yang bermula dengan hasrat warga Amerika yang berkulit hitam untuk mencari jati diri. Teater hitam dipengaruhi oleh Gerakan Hak-hak Sivil, dan gerakan Black Power di Amerika Syarikat. Pada tahun 60-an, gerakan teater ini menjadi semakin radikal. Pelakon teater berkulit hitam mula memisahkan diri mereka daripada pelakon teater berkulit putih Amerika. Seterusnya, mereka mementaskan teater untuk penonton berkulit hitam sahaja walaupun untuk drama Shakerspeare. Teater pertama dipentaskan oleh pelakon teater berkulit hitam berjudul A Raisin in the Sun (1959) oleh Hansberry. Antara pelakon teater dan drama berkulit hitam yang terkemuka ialah Jamses Baldwin, Ed Bullins, dan Le Roi Jones. Le Roi kemudiannya menukarkan nama kepada Amamu Amiri Baraka. Lihat juga negritude.
baroque theatreteater barokKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater yang menyelitkan elemen penyamaran, keraguan, kekerasan, rekaan yang hebat, penggunaan kostum mewah dan adegan keajaiban. Teater jenis ini berkembang di Eropah pada abad ke-17, khususnya Perancis.
12345678910...

Kembali ke atas