Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bat] | تبت

Definisi : 1. tambak utk menyekat pengaliran air, bendung, empang; 2. tempat (kolam dll) utk memelihara ikan, kolam memelihara ikan, balung; menebat 1. membuat tebat pd sungai dll, membendung, mengempang; 2. membuat kolam ikan (di sungai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bat] | تبت

Definisi : 1. salut (logam dll yg mengalirkan arus elektrik) supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain; 2. benda yg menyekat panas (dingin) keluar dr benda lain; menebat menyalut (supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain): Henry ialah orang yg pertama sekali ~ dawai utk gelung magnet; penebatan perihal menebat, penyekatan; penebat tebat: bahan-bahan berongga spt kulit dan bulu adalah ~ yg baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bat] | تبت

Definisi : 1 timbunan tanah dll utk menyekat pengaliran air; bendung; empangan. 2 kolam dsb tempat memelihara ikan; balong. menebat 1 membuat tebat di sungai dll; membendung; mengempang. 2 mem­buat kolam ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.bat] | تبت

Definisi : , = penebat 1 salut (biasanya drpd getah) pd wayar elektrik supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain. 2 sesuatu yg digunakan utk menyekat panas atau sejuknya supaya tidak mengalir ke tempat lain. menebat 1 menyalut wayar elektrik supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain. 2 melapisi dgn tebat; berfungsi sbg tebat: Lemak di lapisan bawah kulit membantu ~ badan utk menahan kesejukan. penebatan perihal atau perbuatan menebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebat (kata nama)
Bersinonim dengan tambak, bendungan, empangan, alahan;,
Kata Terbitan : menebat,

Puisi
 

Tepi tebat pasang pelita,
     Hendak menahan jerat rusa;
Dalam adat hidup manusia,
     Emas perak cuma pesaka.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
insulationinsulasitebattebatPerikanan
insulating vinestumbuhan jalar insulasipenjalar tebatpenjalar tebatPertanian
barricadebarikadakabattebatPerikanan
insulating boardpapan sekatpapan tebatpapan penebatanPerhutanan

Kembali ke atas