Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.buan] | تبوان

Definisi : sj serangga yg bersengat (biasanya membuat sarang di pokok), Gespa tropica ~ meminang anak labah-labah prb jodoh yg tidak sepadan; sarang ~ jangan dijolok prb jangan sengaja mencari bahaya (kesusah­an); spt ~ di dlm tukil prb percakapan yg kurang jelas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.buan] | تبوان

Definisi : nama sj serangga yg bersengat, Gespa tropica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebuan (kata nama)
Bersinonim dengan penyengat, lebah, naning, sigenting, kerawai.,

Puisi
 

Tetak juak si buluh pulau,
     Pakai menjolok sarang tebuan;
Genjukku tangan dari pulau,
     Niatku mati di pangku tuan.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hornettebuanPerhutananTiadaTiada
horntailtebuan kayuPerhutananTiadaTiada
wasptebuan; penyengatPerhutananTiadaTiada
aculeateakuleatBiologiEntomologiKumpulan serangga Hymenoptera yang terdiri daripada lebah dan tebuan.
nodusnodusBiologiEntomologi1. Pinggang yang ramping di antara toraks dengan abdomen pada semut, tebuan, atau ahli Hymenoptera. 2. Takuk yang menandai kedudukan vena silang utama dekat bahagian tengah pinggir depan sayap sesibur.
oak gallmanjakaniHerbaTiadaPuru yang dihasilkan pada pokok mempening (Quercus infectoria) akibat tindak balas pokok terhadap tusukan sejenis tebuan. Puru ini mengandungi bahan kimia tanin, asid galik dan asid elagik yang mempunyai sifat antimikrob dan boleh mengekalkan keanjalan dinding uterus. Manjakani biasanya digunakan untuk rawatan lepas bersalin.

Kembali ke atas