Salam sejahtera! Bolehkah "muzik tekno" digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk "techno music"? Sekian, terima kasih! | Muzik tekno boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk techno music. | Istilah | 12.08.2020 |
Selamat petang Tuan/ Puan Mohon kepastian translasi untuk perkataan berikut: 1) Techno-anxiety - kebimbangan terhadap teknologi/ kebimbangan teknologi - kerisauan terhadap teknologi/ kerisauan teknologi Mana satu translasi adalah bersesuaian? | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk techno-anxiety ialah kebimbangan teknologi. Dalam data Istilah Bahasa Melayu (PRPM), perkataan anxiety boleh diterjemah kepada kebimbangan, kerisauan dan keresahan. Walau bagaimanapun, perkataan kebimbangan lebih banyak digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=anxiety&d=28648&#LIHATSINI | Istilah | 31.03.2021 |
Tuan/ Puan Bolehkah Technostress diterjemah sebagai --> tekanan tekno? Atau adakah terjemahan yang lagi sesuai? TErima kasih banyak-banyak | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "techno stress" ialah tekanan teknologi. | Istilah | 31.03.2021 |