Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.duh] | تدوه

Definisi : 1. sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut, ombak, dll): maka ribut itu pun ~lah; 2. sudah beransur kurang, sudah berhenti, sidang (hujan): teman-temannya sedang berbual-bual sambil menunggu hujan ~; 3. terlindung drpd panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg ~ kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; 4. tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram: matahari sudah mulai ~; 5. ki aman, tenang; Lautan T~ Lautan Pasifik; lagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh prb memilih yg sebaik-baiknya (memilih menantu dll); berteduh 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; hujan tempat ~, panas tempat berlindung prb orang yg selalu mem-berikan pertolongan kpd orang banyak dlm segala hal; meneduh Jk berteduh; meneduhi melindungi, menaungi: anjung yg terbuka diteduhi oleh bidai putih hijau; meneduhkan 1. meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan, ribut, dll); 2. menjadikan terlindung drpd panas matahari: dia ~ basikalnya di bawah pokok yg rendang itu; 3. membawa ke tempat yg teduh;keteduhan 1. perihal teduh, keredaan, ke-tenangan, kelindungan; 2. terlindung drpd hujan atau panas matahari: sudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula; peneduh sesuatu yg boleh menyebabkan terlindung drpd panas matahari, hujan dsb: sekitar masjid dihiasi dgn pokok ~ dan bunga-bungaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.duh] | تدوه

Definisi : 1 sudah beransur kurang; reda (bkn hujan, ombak, ribut dsb): Mereka pun berbual-bual sambil menanti hujan ~. 2 terlindung drpd panas matahari; tidak kena panas matahari: Mereka berdiri di tempat ~ di bawah pokok yg rendang. 3 ki aman; tenang. berteduh 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. meneduhkan 1 menjadikan teduh; menghentikan atau meredakan hujan, ribut dsb. 2 memberikan perlindungan drpd matahari, hujan dsb; membawa ke tempat teduh. keteduhan 1 keadaan teduh; keredaan; ketenangan. 2 tidak kena hujan, panas dsb; di tempat teduh. perteduhan tempat berteduh; (tempat) perlindungan. peneduhan perbuatan atau perihal meneduhkan. peneduh alat atau sesuatu yg me­neduhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teduh (adjektif)
1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup,
Berantonim dengan lebat

2. Bersinonim dengan redup: muram, suram,
Berantonim dengan cerah

3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,

Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan,

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Hilang kabus,
     teduh hujan.

Bermaksud :

Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Terang kabut, teduh hujan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
shadyadj 1. in shade, teduh, redup: they reached a ~ spot by the water’s edge, mereka sampai di tempat yg teduh di tepi air itu; 2. giving shade, rendang, teduh: ~ trees, pokok-pokok yg rendang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shaden 1. place sheltered from sun, tempat /teduh, redup/: do you want to sit in the sun or in the ~?, kamu hendak duduk dlm panas matahari atau di tempat teduh?; we rested for a while in the ~ of a big tree, kami berehat sebentar di tempat redup di bawah pokok yg besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shadowyadj 1. (dark with shadows) agak gelap, kelam; (full of shade) teduh, redup: they had to walk along a ~ corridor, mereka terpaksa berjalan di koridor yg agak gelap; a ~ grove, kawasan pokok yg teduh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rig~ st up, memasang sst ala kadar: they ~ged up a temporary shelter for the wounded, mereka memasang tempat teduh sementara ala kadar bagi orang-orang yg cedera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spread c. (of branches) stretch outwards from the tree trunk, merampak: the tree is shady as the leafy branches ~ out wide, pokok itu teduh krn dahan-dahan yg dipenuhi daun merampak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glaren 1. fierce stare, jegilan: her ~ frightened the child, jegilannya menakutkan kanak-kanak itu; 2. brilliant light, silau(an): they stood in the shade, out of the ~ of the sun, mereka berdiri di tempat teduh, tdk terkena silau matahari; the ~ of the car’s headlights, silauan lampu puncak kereta itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
in2. (indic motion) ke dalam: dip the pen ~ the ink, celupkan mata pen ke dalam dakwat; she put the dress back ~ the wardrobe, dia memasukkan baju itu semula ke dalam almari; 3. at place where there is, dalam; (shade, open space) di: it’s hard to work ~ this heat, susah bekerja dalam eadaan panas begini; the racket had been left out ~ the rain, raket itu ditinggalkan dalam hujan; standing ~ the shade, berdiri di tempat teduh; once in a while, it’s fun to sleep ~ the open, sekali-sekala, seronok juga tidur di kawasan terbuka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas