Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gah] | تݢه

Definisi : sesuatu yg tidak dibenarkan, larangan, lwn suruh (perintah): dgn jalan tafsir dapat mengetahui suruh dan ~, halal dan haram; ~ larang(an) barang apa yg terlarang; ~ suruh larangan dan perintah; menjauhkan (meng­hentikan) ~ tidak melakukan apa-apa yg ter­larang; bertegah terlarang; tidak ~ tidak dapat dilarang, tidak terlarang; menegah 1. tidak membenarkan (melakukan sesuatu), melarang: Islam ~ seorang laki-laki berkhalwat dgn perempuan yg halal nikah dengannya; 2. menahan (drpd melakukan sesuatu), mencegah, menghalang: maka di­tegah oleh Bendahara, tiada diberinya me-lawan; tegahan apa yg ditegah, larangan, sekatan: di sana tidak ada ~ membuang sampah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gah] | تݢه

Definisi : perintah supaya tidak melakukan sesuatu; lw suruh. menegah 1 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; melarang: Agama Islam ~ umatnya meminum minuman keras. 2 menahan seseorang drpd berbuat se­suatu; mencegah; menghalang: Ben­dahara telah ~ Tun Hassan drpd melawan. tegahan sesuatu yg ditegah; larangan: menjauhkan ~ tidak melakukan apa-apa yg terlarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegah
Kata Terbitan : menegah, tegahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan saya mengenai tulisan pada papan tanda (signboard) premis samada diluluskan ataupun tidak.Berikut merupakan ayat pada papan tanda kami : "Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak,Jengka" diharap dapat maklumbalas daripada pihak tuanSila tambah keterangan aktiviti perniagaan seperti KLINIK HAIWAN atau KLINIK VETERINAR (pilih salah satu) di sebelah atas kiri papan iklan perniagaan. Kemudian letakkan Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka atau di tengah-tegah visual iklan anda.


Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain14.08.2018
saya ingin menyemak bahasa dan ejaan untuk nama perniagaan dan papan tanda bagi memperolehi lesen perniagaan. "Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka"Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan seperti KLINIK HAIWAN atau KLINIK VETERINAR (pilih salah satu) di sebelah atas kiri papan iklan perniagaan. Kemudian letakkan Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka atau di tengah-tegah visual iklan anda. Lain-lain14.08.2018
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih.Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada  secara terperinci.       Makna10.06.2008

Kembali ke atas