Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gang] | تݢڠ

Definisi : 1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah ~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot, dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, lang­sing (suara dll): ~ sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll), berten­tangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~; ~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp ber­kehendak sangat; ~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinanti-kan waktu kedua-dua belah pihak reda ke-marahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg ber-denting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (ke-lemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan); bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu; ~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm per­debatan);menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang; menegangi menarik supaya tegang: tegangi­-lah kail itu; menegangkan 1. menjadikan tegang, me­narik dll supaya tegang, meregangkan: berapa-kah panjang spring itu jika tidak ditegang-kan? 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll), meruncingkan (perselisih­an): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi per­hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut; mempertegang menjadikan lebih atau ber-tambah tegang; tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada di permukaan); ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara seka-rang akan dibincangkan selama empat hari; penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran otot; penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gang] | تݢڠ

Definisi : 1 tidak kendur (bkn tali yg di­regangkan dsb); sering; cekang: Wayar telefon kelihatan kendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. 2 keras dan liat (bkn urat, otot dsb): Kita hendaklah selalu bersenam supaya segala urat dan otot menjadi ~. 3 ki tidak erat atau tidak karib (bkn persahabatan dsb); genting: Perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. bertegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah; berdegil. menegang menjadi tegang. menegangkan 1 menarik tali dsb supaya tegang; meregangkan. 2 ki menjadikan tidak erat; menjadikan genting; meruncingkan (persahabatan dsb). mempertegang menjadikan lebih tegang (tali persahabatan dsb). tegangan 1 ist daya gerak elektrik atau voltan: wayar ~ tinggi. 2 sesuatu yg tegang. ketegangan keadaan atau hal tegang. penegangan per­buatan, perihal dsb menegang atau menegangkan. penegang alat, bahan dsb yg menegangkan: ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegang (adjektif)
1. Bersinonim dengan regang: cekang, kejang, sering, kencang, terik, ganjat,
Berantonim dengan kendur

2. Bersinonim dengan kaku: keras, liat, kejur, kejat, jegang, genjur,
Berantonim dengan lembut

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, langsing, keras, tinggi,
Berantonim dengan lunak

4. Bersinonim dengan genting: gawat, senting, berbahaya, meruncing, hangat,
Berantonim dengan kendur

Kata Terbitan : bertegang, menegangkan, ketegangan,

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan "tegang-tegang" dan "cekang-cekang". Contohnya untuk menarik tali yang dililit pada batang pokok kelapa.Kelasi mengikat tegang-tegang tali kapal yang baru berlabuh itu. Cekang juga bermaksud tegang atau kaku berkaitan tubuh badan dan sebagainya. Dalam konteks makna yang tuan maksudkan penggunaan perkataan tegang-tegang tidak sama dengan cekang-cekang.Tatabahasa30.07.2013
Salam sejahtera. Gula yang dikacau dalam air panas itu telah tegang. Penggunaan "tegang" adalah salah. Bolehkah saya tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan "tegang" ini? Terima kasih.Perkataan "tegang" perlu digantikan dengan perkataan "larut" dalam ayat di atas yang membawa maksud menjadi cair (berkenaan gula dalam air dan lain-lain).Tatabahasa19.11.2020
Rambut Aminah [tegang] setelah disapu dengan gel. Adakah perkataan 'tegang' tepat penggunaannya? Kalau salah, apakah perkataan yang lebih tepat? Tegak? Lurus? Kaku? Terima kasih.Perkataan yang lebih tepat ialah keras.Tatabahasa27.05.2010
Mengapakah kotek lelaki boleh tegang?Jika betul-betul berminat untuk mengetahui tentang berkhatan, rujuk artikel tentang berkhatan, seperti capaian, http://www.hmetro.com.my/node/15981. Untuk pertanyaan bahasa, kemukakan pertanyaan dengan sopan dan jelas.Lain-lain06.11.2015
keadaan di kedua-dua buah negara yang berempadan itu bertambah tegang dengan terbukanya laluan yang menghubungkan kedua-dua buah bandar yang menjadi rebutan itu. tuan, adakah di salah dalam ayat ini? yakni keadaan kedua-dua buah negara...Ayat ini betul, kedua-dua merujuk kelompok yang terdiri daripada dua buah negara.Tatabahasa28.07.2011
wajahnya nampak________kerana kurang tidur selama berapa hari. a) muram b) tegang c) murung d)cengkung

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Wajahnya nampak cengkung kerana kurang tidur selama beberapa hari.

Tatabahasa11.09.2009
Gabungkan menjadi ayat majmuk. Adi berasa malu. Kawannya melihat koteknya. Koteknya tegang.Sila rujuk guru di sekolah tentang tatacara menulis karangan, menggunakan format yang betul dan fakta yang tepat.Tatabahasa04.11.2015
Gabung ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk. Adi berasa malu . Kawannya melihat koteknya. Koteknya tegang.Siti berasa malu kerana kawannya melihat mukanya yang tidak bersolek. Sila gunakan kata hubung yang bergaris dalam ayat contoh yang tuan berikan. Dalam hal pembelajaran, gunakan ayat yang baik dan santun.Lain-lain05.11.2015
mksud kegawatan ekonomi. Punca, kesan dan cara mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

Saudara,

Perkataan gawat bermakna berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;

menggawatkan : menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;

kegawatan : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.

Untuk mengetahui punca, kesan dan cara mengatasinya, saudara perlulah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara tentang isu ini.   

Lain-lain10.11.2009
Saudara, bagaimana mendapatkan definisi perkataan 'stress' yang mudah difahami'Stress'  atau tekanan dalam bahasa Melayu bermaksud keadaan resah, cemas, tegang dsb. akibat tekanan mental atau fizikal. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 1526.   Makna30.01.2008
12

Kembali ke atas