Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gar] | تݢر

Definisi : 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kega­gal­an dan kelambatan mencapai perda­maian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gar] | تݢر

Definisi : Jh; menegarkan; ~ kemudi membelokkan kemudi (arah ke kanan) dgn kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gar] | تݢر

Definisi : 1 tidak dpt dilenturkan; keras dan kaku. 2 ki tidak mahu menurut; keras kepala: ~ hati tidak mengikut kata; keras hati; degil. menegarkan menjadikan atau menyebabkan tegar; mengeraskan. ketegaran keadaan atau hal tegar; kekerasan; kedegilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegar (adjektif)
1. Bersinonim dengan kejur: kejang, kaku, keras kaku,

2. Bersinonim dengan degil: tengkas, ketegar, bingal,

Kata Terbitan : bertegar, ketegaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
principle of virtual workprinsip kerja mayaMekanikGunaanPrinsip ini menyatakan bahawa jika jasad tegar (atau sistem jasad tegar) berada dalam keseimbangan, maka jumlah kerja yang dilakukan oleh sistem daya luar yang bertindak pada jasad itu adalah sifar untuk semua sesaran maya jasad (atau sistem jasad) yang berkenaan.
rigid packagingpembungkusan tegarMakanan dan PemakananMakananBungkusan yang mempunyai kekuatan menahan impak luaran yang tinggi. Pembungkusan tegar bertujuan untuk melindungi kandungan bahan yang terdapat di dalamnya dan mempunyai ciri-ciri halangan yang tinggi untuk menentang perubahan suhu. Contoh pembungkusan tegar ialah cawan, botol, tin, polietilena tereftalat (PET) dan sebagainya.
tegar of crystallizationair penghabluranKimiaTiadaTiada
tegar of crystallizationair penghabluranKejuruteraanTiadaTiada
equilibrium of a rigid body with respect rolationkeseimbangan jasad tegar merujuk kepada putaranFizikMekanikKeadaan putaran sesuatu jasad tegar yang pada asalnya rehat apabila jumlah aljabar tork sekitar setiap paksi yang tegak antara satu sama lain adalah sifar. Keadaan ini sama dengan syarat kedua bagi keseimbangan daya suatu jasad tegar.
rigidtegar; kaku (P.JAS)KejuruteraanTiadaTegar: Sifat mekanik jasad yang membuatkan jasad itu tidak boleh melentur atau mengherot, iaitu jarak relatif di antara zarah-zarah tidak berubah di bawah tindakan beban.
reinforced concrete pavementturapan tegar bertetulangKejuruteraan AutomotifTiadaTurapan tegar yang menggunakan tetulang keluli untuk menguatkan dan mengukuhkan turapan tersebut.
rigid framekerangka tegarKejuruteraanTiadaKerangka rangka keluli dengan sambungan hujung anggota-anggota adalah tegar, menyebabkan sudut di antara satu anggota dengan yang lain tidak berubah.
rigid linkpaut tegarMekanikGunaanPaut yang tidak mengalami perubahbentukan yang berkesan semasa memindahkan gerakan. Contoh paut tegar ialah batang paut dan cemat engkol.
mechanical systemsistem mekanikMekanikGunaanJasad, atau sistem jasad, yang boleh dipencilkan daripada jasad lain. sistem ini mungkin merupakan jasad tunggal atau kumpulan jasad yang terhubung. Jasad berkenaan mungkin tegar atau tak tegar. Sistem ini boleh juga terbentuk daripada jisim bendalir yang tertentu, ataupun gabungan cecair dan pepejal. Untuk analisis, sistem ini dipencilkan daripada sekitarnya dengan menggunakan gambar rajah jasad bebas. Lihat juga gambar rajah jasad bebas.
12345678910...

Kembali ke atas