Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teguh;

Puisi
 

Mastuli benang mastuli,
     Anak patu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bulang sali kacak sama,
     tinggal lagi mujur malang.

Bermaksud :

Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Benang bertali, Anak putu dikasi makan; Teguh-teguh memegang janji, Seperti paku lantak di papan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mastuli benang mastuli, Anak patu dikasi makan; Teguh-teguh memegang janji, Seperti paku lantak di papan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Empat puluh kapal Peringgi, Kapal nak masuk benua China; Teguh-teguh berpegang janji, Saya nak masuk bergadai nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang beradat teguh pendirian, Dihasung dihasut tidakkan goyah; Membuang adat runtuhlah iman, Kampung kusut negeri terbelah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat jantan gagah berani, Setia teguh berhati bersih; Adat berjalan bertuah negeri, Di mana keruh menjadi jernih.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tegak adat teguhlah umat, Umat teguh hidup pun damai; Rosak adat tumbuhlah laknat, Laknat tumbuh hidup meragai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hendak ke pekan berurus niaga. Dapat untung perniagaan teguh; Hendak membina warga bahagia, Warga gemilang 2020.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buluh aur jangan dibelah, Titi dibuat berikat akar; Teguh setia tidak berubah, Janji ikrar jangan bertukar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain tanjung kain pelikat, Semua sudah dijahit enjin; Bunga berjunjung teguh berikat, Tidak bergoyang ditiup angin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buang bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Berapa teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas