Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kuat hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pelancong asing itu kagum melihat "kesabaran" wanita Melayu yang masih mengekalkan adat ketimuran walaupun dunia semakin maju. "kesabaran" adalah salah diguna. Apakah perkataan yang sesuai diguna di sini? keteguhan? kecekalan? ... terima kasih.Cekal dan teguh (hati) kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu tabah dan boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut.Tatabahasa12.08.2013
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TKteguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll).

Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan.
Tatabahasa01.09.2012
Apakah kelas kata bagi bulat hati?

Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. “Bulat hati’ terdiri daripada dua kata dan mengikut Kamus Dewan, bulat hati mempunyai dua maksud, iaitu lurus hati dan tegap (teguh) hati atau sungguh-sungguh.

 

Makna13.01.2015

Kembali ke atas