Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téh] | تيه

Definisi : (téh) 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dikeringkan dan dibuat minuman), Camelia sinensis; 2. = daun ~ daun drpd pokok teh yg telah dikeringkan (dibuat minuman dgn air); 3. = air ~ minuman yg dibuat drpd daun teh; ~ encer air teh cair; ~ hutan = ~ kampung sj tumbuhan (pokok renek), Acalypha siamensis, ~ kosong air teh yg tidak dicampur gula; ~ makau sj tumbuhan (herba), capadang, Scorpria dulcis; ~ O bp a) teh kosong; b) air teh yg tidak dibubuh susu (tetapi ada gula­nya); ~ O beng C, bp air teh kosong yg di­bubuh air batu; ~ susu air teh yg dibubuh susu dan gula; ~ tarik teh susu yg ditarik, biasanya ke atas ke bawah berulang kali dgn menggunakan dua kole supaya lebih enak rasanya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téh] | تيه

Definisi : (téh) II 1. Pr nama timang-timangan bagi anak yg keenam; 2. Ph panggilan utk anak yg keempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téh] | تيه

Definisi : /téh/ 1 = pokok ~ beberapa jenis pokok renek yg daunnya dikeringkan utk dibuat minuman, Camellia sinensis; Camellia thea. 2 = daun ~ daun pokok teh yg telah dikeringkan utk dibuat minuman. 3 = air ~ minuman yg dibuat drpd daun teh. ~ kosong air teh yg tidak dibubuhi gula atau susu. ~ O air teh yg tidak bersusu tetapi bergula. ~ susu air teh yg dibubuhi susu (sama ada bergula ataupun tidak). ~ taman nama sj pokok renek yg biasanya dibuat pokok pagar, Ehretia spp.. ~ uncang (serbuk) teh yg dibubuh di dlm uncang (direndam di dlm air panas utk membuat air teh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teh


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Teh Tarik Klasik... kembalikan era kegemilangan sitkom?Azran HussinMedia Hiburan1 July 2006
Teh Cina Lambang KesejahteraanRusilDewan Budaya1 March 2000
Teh, Kek Coklat dan AiskrimAjikikDewan Masyarakat15 September 1980
Teh Cina TerakhirLeo A. W. SAkar1 January 2001
TehTiadaDewan Siswa1 July 1990
Teh CinaYew-ChuanDewan Sastera1 January 1995
Teh, kopi dan puisiTiadaDewan Sastera1 July 1990
Teh haliaTiadaDewan Siswa1 June 1985
Teh dan khasiatnyaCheah Chor SooiDewan Kosmik1 January 1996
Penanaman Teh Di Sri LankaSa'adiah bte Hj. HassanDewan Pelajar1 October 1978
12345678910

Kembali ke atas