Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téh] | تيه

Definisi : (téh) 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dikeringkan dan dibuat minuman), Camelia sinensis; 2. = daun ~ daun drpd pokok teh yg telah dikeringkan (dibuat minuman dgn air); 3. = air ~ minuman yg dibuat drpd daun teh; ~ encer air teh cair; ~ hutan = ~ kampung sj tumbuhan (pokok renek), Acalypha siamensis, ~ kosong air teh yg tidak dicampur gula; ~ makau sj tumbuhan (herba), capadang, Scorpria dulcis; ~ O bp a) teh kosong; b) air teh yg tidak dibubuh susu (tetapi ada gula­nya); ~ O beng C, bp air teh kosong yg di­bubuh air batu; ~ susu air teh yg dibubuh susu dan gula; ~ tarik teh susu yg ditarik, biasanya ke atas ke bawah berulang kali dgn menggunakan dua kole supaya lebih enak rasanya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téh] | تيه

Definisi : (téh) II 1. Pr nama timang-timangan bagi anak yg keenam; 2. Ph panggilan utk anak yg keempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téh] | تيه

Definisi : /téh/ 1 = pokok ~ beberapa jenis pokok renek yg daunnya dikeringkan utk dibuat minuman, Camellia sinensis; Camellia thea. 2 = daun ~ daun pokok teh yg telah dikeringkan utk dibuat minuman. 3 = air ~ minuman yg dibuat drpd daun teh. ~ kosong air teh yg tidak dibubuhi gula atau susu. ~ O air teh yg tidak bersusu tetapi bergula. ~ susu air teh yg dibubuhi susu (sama ada bergula ataupun tidak). ~ taman nama sj pokok renek yg biasanya dibuat pokok pagar, Ehretia spp.. ~ uncang (serbuk) teh yg dibubuh di dlm uncang (direndam di dlm air panas utk membuat air teh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal teateh herbaHerbaTiadaSeduhan herba yang dibuat daripada herba selain daun teh (Camellia sinensis). Contohnya, teh herba misai kucing, teh halia dan teh serai.
tea baguncang tehHerbaTiadaUncang kecil mengandungi daun teh yang dibuat daripada uncang kertas porus, sutera atau nilon yang dikedapkan untuk menyeduh dan menapis daun teh. Terdapat uncang yang mempunyai benang diikat di bahagian atas dengan label kertas bagi memudahkan uncang teh dikeluarkan dan mengenal pasti jenis teh.
conveyor beltsawat penyampaiPertanianAgroteknologiAlat yang memindahkan sesuatu bahan daripada sesuatu tempat ke tempat lain secara berterusan, yang digunakan dalam pemprosesan hasil pertanian. Contohnya, dalam pemprosesan teh, daun teh yang dipungut dipindah dari lori ke tempat pelayuan, kemudian ke alat penggilingan diikuti dengan tempat penapaian dan akhirnya ke tempat pengeringan sebelum dibungkus. Daun teh itu digerakkan dari satu proses ke proses yang lain melalui sawat penyampai. Komponen sawat penyampai ialah kerek atau takal yang berpusing oleh kuasa enjin, dilingkari bersama kerek yang lain oleh lapisan getah atau plastik yang akan bergerak.
herbal sachetsacet herbaHerbaTiadaPaket kecil pakai buang yang mengandungi ramuan herba untuk sekali guna. Contohnya, sacet teh limau dan teh jamu.
witheringpelayuanPertanianAgroteknologiProses untuk mengurangkan kandungan air di dalam daun tanpa menggunakan haba. Contohnya, pelayuan merupakan langkah pertama dalam pemprosesan daun teh. Setelah dituai, daun teh dibiarkan 12 jam dalam bekas berlubang dengan saluran udara supaya daun kehilangan sebahagian air dan menjadi lembut untuk proses seterusnya.
green teateh hijauPentadbiran PerniagaanTiadaTeh yang berwarna cerah daripada fermentasi daun yang belum sempurna.
black teateh hitamPentadbiran PerniagaanTiadaTeh yang hitam warnanya disebabkan oleh daunnya yang diperam sebelum dibakar.
assam teateh hitamPentadbiran PerniagaanTiadaTeh yang berasal dari Negeri Assam di timur laut India.
bubble teateh mutiaraMakanan dan PemakananTiadaSejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding.
bubble teateh mutiaraMakanan dan PemakananTiadaSejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding.
12345678910...

Kembali ke atas