Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp a) teh kosong; b) air teh yg tidak dibubuh susu (tetapi ada gula­nya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air teh yg tidak bersusu tetapi bergula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teh O


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baru-baru ini, murid saya telah diberitahu oleh penceramah bahawa penggunaan kata " teh o ais limau " itu salah. Penggunaan yang tepat ialah " teh o limau ais ". Benarkah begitu ? Terima kasih.Frasa yang betul ialah  "teh o limau ais".Istilah26.05.2010
sila tanya ayat mana yang betul? 1.Saya menuang teh untuk nenek. 2.Saya menuangkan teh untuk nenek. 3.Saya menuangkan nenek teh. terima kasih

Ayat yang betul ialah <o:p>o:p>

1. Saya menuang teh untuk nenek. <o:p>o:p>

2. Saya menuangkan nenek teh. <o:p>o:p>

Lain-lain13.05.2023
Saya ingin bertanya dari segi ejaan huruf untuk nama makanan dan minuman seperti di bawah. Adakah perlu menggunakan huruf kecil atau huruf besar bagi setiap perkataan? 'Tangan kanannya sedang memegang pinggan berisi Nasi Lemak berlaukkan Ayam Goreng Berempah manakala tangan kirinya pula, dia memegang segelas Teh O Ais Limau.'Nama makanan atau menu ditulis dengan huruf kecil: Tangan kanannya memegang pinggan berisi nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah manakala tangan kirinya pula memegang segelas teh o limau ais.Ejaan01.05.2021
penerangan berkaitan jenis-jenis ayat majmuk beserta contoh

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat ini disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Berdasarkan cara ayat majmuk itu dibentuk, terdapat tiga jenis ayat majmuk yang utama iaitu:<o:p>o:p>

(1) Ayat majmuk gabungan, iaitu dua ayat atau lebih dijadikan satu ayat dengan cara menggabungkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, lalu lagi, serta dan sebagainya. Contoh ayat: “Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.” <o:p>o:p>

(2) Ayat majmuk pancangan terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama, iaitu terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut. Ada tiga jenis ayat pancangan dalam bahasa Melayu yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan, iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan. Contoh ayat majmuk pancangan relatif: “Saya membeli baju yang berwarna merah.” Ayat “baju itu berwarna merah” dipancangkan ke dalam ayat induk “Saya membeli baju.” Oleh sebab ungkapan “baju” diulang, maka “baju” yang kedua digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang.<o:p>o:p>

(3) Ayat majmuk campuran pula mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat majmuk dan deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat jenis ini biasanya panjang,  contohnya: “Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 18 Ayat Majmuk (hlm. 497-523).<o:p>o:p>

Tatabahasa11.01.2022
Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk tujuan perbincangan adalah sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan sedia ada dan penggubalan akta baharu. Adakah terdapat kesalahan dalam ayat di atas? Terutamanya penggunaan perkataan adalah

Cadangan penggunaan yang betul ialah “Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk perbincangan sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan yang sedia ada atau penggubalan akta baharu”.<o:p>o:p>

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA),

<o:p>o:p>

ii)Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).<o:p>o:p>

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.<o:p>o:p>

Tatabahasa21.11.2023
Sukaita sekiranya pihak DPK dapat menjelaskan bagaian perkataan-perkataan 'adalah' dan 'ialah' handak digunakan secara betul dalam ayat. Sia beri pelbagai contoh untuk terangkan parkara ini. Terima Kasih. Peter Johnson Durairaj

Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:<o:p>o:p>

a)   Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN)

b)   Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN)

c)   Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN)

<o:p>o:p>

<o:p>o:p>

<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama.<o:p>o:p>

a)   Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA)

b)   Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS)

c)   Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)

<o:p>o:p>

<o:p>o:p>

<o:p>o:p>

<o:p>
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. 
o:p>

Tatabahasa08.08.2022
boleh tuan jelaskan apakah jenis-jenis proses pemajmukan?

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk berdasarkan cara  ayat tersebut dibentuk iaitu:   <o:p>o:p>

1. Ayat majmuk gabungan iaitu menggabungkan dua ayat atau lebih kepada satu ayat dengan cara  mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contohnya: Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.  <o:p>o:p>

2. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa bebas (ayat induk) dan satu klausa tak bebas (ayat kecil). Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu; i). Ayat (majmuk pancangan) relatif menggunakan kata hubung yang, contohnya: Saya membeli baju yang berwarna merah (Saya membeli baju + yang + Baju itu berwarna merah). ii). Ayat (majmuk pancangan) komplemen ialah ayat majmuk yang mempunyai bahagian komplemen yang menggunakan kata hubung bahawa dan untuk. Bahagian komplemen berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Contohnya: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara. (Dia mengetahui (sesuatu) + bahawa (kata hubung komplemen) + Ahmad telah bersara). iii). Ayat (majmuk pancangan) keterangan pula ialah ayat majmuk yang mempunyai ayat keterangan atau klausa keterangan di dalamnya dan disambungkan dengan kata hubung ketika, kerana, jika, dengan dan sebagainya. Contohnya: Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat (Saya tidak dapat hadir + kerana (kata hubung keterangan) + Saya kurang sihat.) <o:p>o:p>

3. Ayat majmuk campuran ialah ayat mempunyai lebih daripada satu jenis ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan beberapa majmuk atau berbagai-bagai deretan ayat majmuk. Contohnya: Dia sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bab 18 Ayat Majmuk (halaman 497-522). <o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Tatabahasa12.12.2020
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond)

1.    1. Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:

a)   Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN)<o:p>o:p>

b)   Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN)<o:p>o:p>

c)   Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN)<o:p>o:p>

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama.

a)   Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA)<o:p>o:p>

b)   Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS)<o:p>o:p>

c)   Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)

<o:p>o:p>

1.    Buku rujukan utama tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan. Saudari juga boleh berbincang dengan guru/pensyarah untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.

<o:p>o:p>

2. Cadangan padanan perkataan “Genius” berdasarkan teks yang diberi ialah tanda atau lambang.


<o:p>o:p>


<o:p>o:p>




Tatabahasa26.09.2021
Apakah perbezaan besar antara penggunaan "Adalah" dan "Ialah" ? apakah jenis frasa di sebelum atau selepas Ialah/Adalah yang menentukan penggunaannya?

Kata pemeri "ialah" perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata "ialah" dan "adalah". Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah (FN+FN).<o:p>o:p>

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).<o:p>o:p>

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.<o:p>o:p>

Tatabahasa15.11.2023
Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma.

Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'.

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:
(a)  memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak.
(b)  memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi.<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

(c)  memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

Tanda koma (,) digunakan:<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

(a)   sebagai unsur pemisah. <o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

(b)   sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu.<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

(c)   mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik.<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham.<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma.<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

Lain-lain04.03.2012
12

Kembali ke atas