Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green teateh hijauPentadbiran PerniagaanTiadaTeh yang berwarna cerah daripada fermentasi daun yang belum sempurna.
BrowningPemeranganPertanianAgronomi

Proses pengubahan warna buah-buahan atau sayur-sayuran dari hijau ke perang. Terdapat jenis pemerangan yang menjejaskan kualiti seperti buah epal yang menjadi perang beberapa ketika setelah dipotong. Pemerangan ini disebabkan oleh aktiviti enzim oksidasi yang menghasilkan melanin dan menyebabkan warna menjadi perang. Pemerangan menjadi satu proses berfaedah untuk daun teh yang telah diproses kerana dapat meningkatkan perisa. Pemerangan juga berguna untuk buah-buahan yang dikeringkan seperti anggur yang menjadi kismis. Selain itu, pemerangan juga disebabkan oleh gangguan atau penyakit pada kulit pokok atau buah-buahan.

Jasminum sambacmelurHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Oleaceae yang dikenali juga sebagai Jasmin. Tumbuhan beraroma ini berasal dari India dan diperkenalkan ke Malaysia dan pulau Jawa. Pokok ini ditanam sebagai tanaman perhiasan dan perubatan. Daunnya jenis ringkas dan bahagian atas daun berwarna hijau berkilat. Tepi daunnya licin dan berombak. Jambak bunganya jenis sima dan mengandungi tiga atau lebih bunga yang tersusun padat. Bunganya berwarna putih dengan aroma yang kuat. Buahnya jenis beri berwarna hitam apabila matang. Daun yang telah dilumatkan disapukan untuk merawat masalah kulit dan luka, ditumbuk bersama bedak sejuk sebagai sapuan untuk menghilangkan rasa gatal akibat kudis demam campak dan menghilangkan parut kudis. Daun atau bunga yang diramas disapu pada payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu. Air rebusan daun diminum untuk merawat demam. Akar segar dimakan untuk merawat penyakit kelamin dan dibuat tampalan pada bahagian yang terseliuh dan patah anggota. Air rebusan bunga atau akar diminum untuk merawat lelah. Bunganya digunakan dalam pembuatan teh berperisa melur. Minyak patinya yang beraroma digunakan sebagai pewangi, bahan kosmetik dan aromaterapi.

Kembali ke atas