Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ka] | تکا

Definisi : meneka menebak, menduga, mengagak: dapatkah kamu ~ mengapa orang itu datang menemui kita?; bukan semudah itu utk ~ hati manusia; tekaan apa yg diteka, dugaan, sangkaan, tebakan; peneka orang yg meneka: hanya empat orang ~ sahaja telah dapat meneka dgn tepat dlm peraduan teka bola itu; terka I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ka] | تکا

Definisi : ; ~ silang (kata) teka-teki yg menggunakan huruf dlm petak-petak tertentu. meneka mengagak apa yg sebenarnya; menduga: Dapatkah kamu ~ berapa harga barang ini? tekaan jawapan ketika meneka; dugaan; sangkaan. pe­neka orang yg meneka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teka
Kata Terbitan : meneka, tekaan, peneka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana kita perlu tulis perkataan teka-teki pada judul buku? Teka-teki atau Teka-Teki. Adakah huruf besar diperlukan untuk kedua-dua perkataan ?Tuan/puan boleh menggunakan  TEKA-TEKI atau Teka-teki sebagai judul.Ejaan18.04.2017
Salam! Di dalam ayat yang berikut "teka-teki teka tekok...", apakah maksud tekok? Sekian, terima kasih!
Perkataan tekok tidak mempunyai makna dalam konteks tersebut. Dalam karya kreatif, penggunaan sesuatu perkataan lazimnya digunakan untuk menunjukkan ritma dalam sesebuah karya.
Tatabahasa03.06.2020
Yang mana betul: 'teka silangkata' atau 'teka silang kata'?Ejaan yang betul ialah "teka silang kata".Tatabahasa30.05.2011
TEKA WASHING MACHINE IN ALL GREAT SMALL MOMENTSSoalan tidak difahami. Sila hantar semuala soalan yang lebih jelas.Lain-lain24.07.2014
Salam Saya mencari istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk 'maze', iaitu istilah Bahasa Inggeris untuk teka-teki yang mencari jalan/laluan/lorong yang betul untuk tiba ke penamat. Bolehkah dicadangkan teka-teki seumpama itu dipanggil 'TEKA LIKU' dalam versi Bahasa Melayu? Harap Tuan/Puan dapat beri pandangan. Terima kasih. AidahDalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuki "maze" ialah pagar sesat (bidang Pendidikan, Psikologi) dan lorongan keliru (bidang Perubatan). Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "maze" ialah teka lorong keliru atau teka laluan keliru.Istilah27.08.2013
maksud atau makna teka silang kata dan caturTeka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dgn menggunakan huruf-huruf yang dicantum menjadi perkataan, biasanya diberikan soalan/pembayang untuk menjawab pada kotak-kotak yang disediakan. caturI sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur;Makna05.09.2007
Salam sejahtera! Ada wujud kata ganda yang berikut: teka-tekaan? Sekian, terima kasih!Perkataan teka-tekaan bukan dikategorikan sebagai kata ganda.Lain-lain12.08.2020
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak.Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM  untuk rujukan lanjut.     Lain-lain03.07.2008
Apakah terjemahan bagi perkataan ini 'puzzle game'? Maksud kepingan puzzle disini adalah kepingan-kepingan puzzle; menyusun kepingan ini menjadi satu gambar yang lengkap.

Puan Azeelia,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'puzzle game' ialah teka-teki atau mainan teka-teki.

Istilah24.06.2010
serangga seperti belalangUntuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan,  dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan  dalam talian di laman web DBP untuk membantu sdr menjawab peraduan teka silang kata.Lain-lain24.07.2010
12345

Kembali ke atas