Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ka] | تکا

Definisi : meneka menebak, menduga, mengagak: dapatkah kamu ~ mengapa orang itu datang menemui kita?; bukan semudah itu utk ~ hati manusia; tekaan apa yg diteka, dugaan, sangkaan, tebakan; peneka orang yg meneka: hanya empat orang ~ sahaja telah dapat meneka dgn tepat dlm peraduan teka bola itu; terka I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ka] | تکا

Definisi : ; ~ silang (kata) teka-teki yg menggunakan huruf dlm petak-petak tertentu. meneka mengagak apa yg sebenarnya; menduga: Dapatkah kamu ~ berapa harga barang ini? tekaan jawapan ketika meneka; dugaan; sangkaan. pe­neka orang yg meneka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teka
Kata Terbitan : meneka, tekaan, peneka,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEKA-TEKI

Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang

mengandungi makna yang sengaja disembunyikan.

Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk

menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk

conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung

kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini

ialah “Apakah benda yang beroda empat dan dapat

terbang?” Jawapannya ialah “Trak mengangkut

sampah sarap”, yang hanya ada unsur makna apabila

kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai

dua maksud.

UMUM 
TEKA SILANG KATA

Teka silang kata ialah permainan kata yang

popular. Ia biasanya dimainkan pada gambar rajah

segi empat sama hitam dan putih. Satu set takrif atau

klu bernombor biasanya dicetak berhampiran

dengan gambar rajah ini. Tujuannya adalah untuk

menjawab klu dengan kata yang bersilang

melintang dan ke bawah gambar rajah ini. Pemain

menulis setiap kata jawapan dalam baris segi empat

sama yang kosong pada nombor yang sepadan

dengan nombor klu.

UMUM 
THORNDIKE, EDWARD LEE

Thorndike, Edward Lee (1874–1949) ialah ahli

psikologi pendidikan Amerika yang memberikan

sumbangan yang besar dalam kajian pembelajaran,

pengajaran dan ujian mental. Thorndike mencipta

kotak teka-teki untuk menyiasat bagaimana haiwan

seperti anjing dan kucing menyelesaikan masalah.

Daripada kajiannya, dia mendapati bahawa haiwan

tersebut biasanya akan mengulangi pergerakan

yang berjaya sahaja. Cara ini membolehkan haiwan

berkenaan mencapai penyelesaian akhir dengan

cepat.

UMUM 
MAINAN

Mainan ialah benda yang digunakan oleh kanak-

kanak untuk bermain. Kanak-kanak di seluruh

dunia bermain dengan mainan yang serupa,

seperti bola, anak patung, permainan dan mainan

teka-teki. Semenjak zaman purba lagi mainan

memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan kanak-kanak. Sesetengah mainan

membolehkan kanak-kanak bersuka-suka sambil

belajar tentang dunia di sekelilingnya. Permainan

dapat menolong mengajar kanak-kanak supaya

bergaul dengan kanak-kanak lain. Mainan juga

boleh menolong mereka belajar dan membina

kemahiran khas.

UMUM 

Kembali ke atas