Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Fiz) tekanan pd suatu titik di per­mukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist tekanan pd suatu titik di permukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekan
Kata Terbitan : bertekan, menekan, menekankan, tertekan, tertekan-tekan, tekanan, penekanan, penekan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
atmospheric pressuretekanan atmosferaKimiaTiadaTekanan pada suatu titik di permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Nilai tekanan atmosfera berubah-ubah, iaitu di sekitar 100 kPa atau 100 000 Nm‒2. Tekanan atmosfera disukat dengan menggunakan barometer dan berubah mengikut ketinggian. Tekanan atmosfera bertambah apabila ketinggian berkurangan.
gauge pressuretekanan tolokMekanikGunaanNilai tekanan yang diukur secara nisbi terhadap tekanan atmosfera. Kebanyakan tolok ukuran mengukur tekanan dengan menggunakan tekanan atmosfera sebagai datumnya; maka nilai yang diperoleh merupakan nilai banyaknya tekanan itu melebihi, atau kurang daripada, tekanan atmosfera. Misalnya, tekanan tolok bernilai 5.0 kPa di aras laut samalah dengan nilai tekanan sebenar 106.3 kPa (kerana tekanan atmosfera yang berpadanan ialah 101.3 kPa). Lihat juga tekanan atmosfera.
gauge pressuretekanan tolokKejuruteraanKejuruteraan MekanikNilai tekanan yang diukur relatif kepada tekanan atmosfera. Dalam kes ini, tekanan atmosfera adalah sifar tolok. Nilai tolok yang kurang daripada sifar, iaitu negatif tolok, disebut juga sebagai vakum. Tekanan tolok boleh dikaitkan dengan tekanan mutlak melalui hubungan: tekanan mutlak = tekanan tolok + tekanan atmosfera. Nilai tekanan atmosfera biasanya 101.325 kPa.
distribution of atmospheric pressuretaburan tekanan atmosferaGeografiTiadaTaburan ruangan dan masa sistem tekanan atmosfera.
atmospheric pressuretekanan atmosferaKejuruteraanPetroleumTekanan yang wujud di permukaan bumi yang diakibatkan oleh berat atmosfera. Tekanan ini berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain dan umumnya bergantung pada ketinggian tempat berkenaan dari aras laut. Pada aras laut, tekanan atmosfera bernilai lebih kurang 14.7 paun per inci persegi. Bagi tujuan memudahkan perkiraan dan penganggaran, tekanan di aras laut tersebut dianggap sebagai tekanan atmosfera piawai.
atmospheric pressure curingpengawetan tekanan atmosferaKejuruteraanPetroleumProses penuaan atau penyimpanan contoh simen atau lumpur penggerudian untuk tujuan pengujian pada tekanan atmosfera yang normal (iaitu pada tekanan 14.7 paun/inci). Proses ini dilakukan untuk jangka masa tertentu dalam keadaan suhu dan kelembapan tertentu pula.
atmospheric pressuretekanan atmosferaMekanikGunaanTekanan yang dikenakan oleh atmosfera di kawasan bumi. Tekanan ini disebabkan oleh suatu turus udara dari permukaan bumi hingga ke aras kira-kira 85 km di atasnya. Nilai tekanan atmosfera pada aras permukaan laut ialah 101.3 kPa.
compressed airudara termampatKejuruteraanKejuruteraan MekanikUdara pada sebarang tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera. Tekanan udara ditingkatkan dengan bantuan pemampat. Udara termampat digunakan untuk pemprosesan bahan, pernafasan dan pengudaraan, dan sebagai sumber tenaga dalam sistem pneumatik.
aneroid barometerbarometer aneroidPerikananTiadaAlat pengukur tekanan atmosfera yang terdiri daripada ruang vakum atau sifon yang terletak di bawah besi nipis, serta satu hujung diafragma yang tetap dan satu hujung diafragma lagi yang bersambung dengan penunjuk skala. Penunjuk skala berfungsi merekodkan pergerakan diafragma semasa perubahan tekanan atmosfera.
pressurizationpenekananKejuruteraanTiada1. Tindakan mengekalkan tekanan atmosfera biasa di dalam kebuk yang ditandakki tekanan luar yang tinggi atau rendah.,2. Penggunaan gas lengai atau udara kering pada tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera, di dalam komponen-komponen sistem radar atau di dalam talian sepaksi yang terkedap, untuk mengelakkan karatan dengan menghalang lembapan dan untuk meminimumkan kegagalan voltan tinggi pada altitud yang tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas