Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ki] | تکي

Definisi : ® teka-teki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ki] | تکي

Definisi : sj tumbuhan (rumpai yg umbinya boleh dimakan), rumput halia hitam, Cyperus rotun-dus; ~ rawa (bodoh) sj tumbuhan (herba), rumput butang (teli), Kyllinga monocephala; rumput ~ sj tumbuhan (herba), kancing baju jantan, katub perenggang, rumput sekepit burit, Kyllingga brevifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teki


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEKA-TEKI

Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang

mengandungi makna yang sengaja disembunyikan.

Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk

menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk

conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung

kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini

ialah “Apakah benda yang beroda empat dan dapat

terbang?” Jawapannya ialah “Trak mengangkut

sampah sarap”, yang hanya ada unsur makna apabila

kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai

dua maksud.

UMUM 
THORNDIKE, EDWARD LEE

Thorndike, Edward Lee (1874–1949) ialah ahli

psikologi pendidikan Amerika yang memberikan

sumbangan yang besar dalam kajian pembelajaran,

pengajaran dan ujian mental. Thorndike mencipta

kotak teka-teki untuk menyiasat bagaimana haiwan

seperti anjing dan kucing menyelesaikan masalah.

Daripada kajiannya, dia mendapati bahawa haiwan

tersebut biasanya akan mengulangi pergerakan

yang berjaya sahaja. Cara ini membolehkan haiwan

berkenaan mencapai penyelesaian akhir dengan

cepat.

UMUM 
MAINAN

Mainan ialah benda yang digunakan oleh kanak-

kanak untuk bermain. Kanak-kanak di seluruh

dunia bermain dengan mainan yang serupa,

seperti bola, anak patung, permainan dan mainan

teka-teki. Semenjak zaman purba lagi mainan

memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan kanak-kanak. Sesetengah mainan

membolehkan kanak-kanak bersuka-suka sambil

belajar tentang dunia di sekelilingnya. Permainan

dapat menolong mengajar kanak-kanak supaya

bergaul dengan kanak-kanak lain. Mainan juga

boleh menolong mereka belajar dan membina

kemahiran khas.

UMUM 

Kembali ke atas