Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ki] | تکي

Definisi : ® teka-teki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ki] | تکي

Definisi : sj tumbuhan (rumpai yg umbinya boleh dimakan), rumput halia hitam, Cyperus rotun-dus; ~ rawa (bodoh) sj tumbuhan (herba), rumput butang (teli), Kyllinga monocephala; rumput ~ sj tumbuhan (herba), kancing baju jantan, katub perenggang, rumput sekepit burit, Kyllingga brevifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teki


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing)
pantun teka-tekipantun teka-tekiKesusasteraanTiadaTiada
neck riddleteka-teki leherKesusasteraanTiadaTeka-teki yang berupa masalah dan selalu diberikan kepada orang-orang yang akan dihukum bunuh, ada kalanya orang ini dapat melepaskan diri dengan memberikan jawapan yang betul. Contoh: teka-teki yang diberikan oleh Sultan Harun Al-Rashid kepada Abu Nawas, berapa banyak bintang di langit atau di mana letaknya pusat dunia. Semuanya dapat dijawab oleh Abu Nawas untuk mengelakkan dirinya dari dihukum oleh Sultan.
opposisitional riddlesteka-teki berbalas.KesusasteraanTiadaTeka-teki jenis ini mengandungi 3 unsur yang bertentangan iaitu: 1. Kontrodiksi yang berlawanan [antithetical contradictive]. Contoh: saya kasar, saya licin, saya basah, saya kering. Saya dipakai setiap orang? [lebuh raya]. 2.Kontradiksi yang mengurangi [privatational contradictive] Contoh : apa bendanya yang menjerit atau melaung tetapi tak boleh bercakap ? [kereta api]. 3. Kontradiksi yang menyebabkan [causal contradictive] . Contoh : apa yang menuju ke rumah tetapi tak meninggalkan jejak? [jalan]
kin teki geritendang groinSukanTiadaTendangan tepat ke groin.
riddleteka-tekiKesusasteraanTiada.
puzzleteka-tekiMatematikTiadaTiada
rebusteka-tekiPerpustakaanTiadaTiada
puzzleteka-tekiPerpustakaanTiadaTiada
riddleteka-tekiKesusasteraanTiadaTiada
12

Kembali ke atas