Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téks] | تيک س

Definisi : (téks) 1. kata-kata asli oleh pengarangnya (bukan terjemahan, ulasan, ringkasan drpd asalnya): hikayat ini dijadikan buku dan dicetak, sehingga dgn jalan demikian ~nya tidak dapat mengalami perubahan lagi; 2. petikan dr sesebuah kitab suci (yg dijadikan bahan rujukan dll); 3. kandungan buku yg utama (tidak termasuk catatan dll); 4. tulisan yg dijadikan pokok syarahan dll: dia ber­pidato dgn memegang ~ di tangannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téks] | تيک س

Definisi : /téks/ 1 kata-kata asli drpd penga­rangnya sendiri (bukan terjemahan atau ulasan). 2 sesuatu yg tertulis utk dijadikan dasar dlm memberi pelajaran (ceramah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teks (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan skrip, manuskrip, naskhah, dokumen.,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elipsispengguguran sebahagian kata dlm sst ungkapan atau teks yg tidak menjejaskan maksud, dan boleh diwujudkan semula berdasarkan konteks, mis bagi soalan Sudah makan? dijawab Sudah. Jawapan sudah itu elipsisKamus Dewan Perdana
EGAEnhanced Graphics Adapter (Penyesuai Grafik Tertingkat). EGA ialah kad grafik yg memaparkan teks atau grafik yg lebih halus dan cantikKamus Dewan Perdana
eksordiumkata pendahuluan dlm sst ucapan atau tulisan, yg memuatkan asal mula penulisan teks, puji-pujian kpd Tuhan dan raja, asal usul pengarangnya dsbKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas