Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.kun] | تکون

Definisi : 1. = dgn ~ dgn rajin dan usaha (melaku­kan sesuatu), bersungguh-sungguh: bekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan; 2. tabah hati, keras hati: dgn ~ dia bekerja men-cari nafkah; bertekun 1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dll), berkeras hati: kira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu; 2. = tertekun me­num­pukan fikiran dll pd, sangat asyik (me­nger­jakan sesuatu): jangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit; 3. sangat-sangat berpegang pd (adat, kepercayaan, dll): mereka masih ~ pd adat kuno; 4. ark bertelekan (pd), bertumpu (pd); menekun mempelajari dll sesuatu dgn tekun: Laila sentiasa menghabiskan waktu seng­gang dgn ~ pelajaran sekolahnya; menekuni berusaha sungguh-sungguh utk sesuatu: pengajian teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan; menekunkan menjadikan (seseorang) tekun: ~ diri dgn beberapa penelitian;ketekunan 1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan (melakukan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.kun] | تکون

Definisi : sungguh-sungguh (bekerja, bela­jar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekun (adjektif)
Bersinonim dengan rajin, gigih, bersungguh-sungguh, giat, rancak, asyik, beria-ia, teku, getol, selangkom, pulun;,
Kata Terbitan : bertekun, ketekunan,

Peribahasa

Sabar penghilang penat,
     tekun pembawa dekat.

Bermaksud :

Orang yang sabar akan berhasil usahanya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
combination inertia starterpenghidup sifat tekun gabungKejuruteraan Kapal TerbangTiadaPenghidup sifat tekun bagi enjin salingan pesawat udara yang menerima tenaga sama ada daripada motor elektrik atau engkol tangan.
persistenttekunPendidikanTiadaTiada
conscientioustekunPendidikanTiadaTiada
absorbed in worktekun bekerjaPentadbiranPengurusanTiada
moment of inertiamomen sifat tekunKejuruteraanKejuruteraan BangunanMomen bagi satu jasad yang diukur terhadap kecepatan sudut, iaitu momen kedua keluasan bagi satu jasad didarabkan dengan ketumpatan.
moment and product of inertiamomen dan hasil sifat tekunKejuruteraanTiadaTiada
psychographic contractkontrak psikologiPentadbiranTiadaPerjanjian persefahaman antara pekerja dengan majikan yang dia akan tekun bekerja, taat dan setia kepada syarikat atau organisasinya.
electrostatically augmented scrubberpenggahar imbuh elektrostatikKejuruteraanTiadaPeranti kawal yang menggabungkan mekanisme tarikan elektrostatik dengan pemisahan sifat tekun, dengan mengecaskan zarah sebelum memasuki pengumpul basah.
section modulusmodulus keratanKejuruteraanKejuruteraan BangunanModulus yang didasarkan kepada nisbah momen kedua keluasan 1 atau nisbah momen sifat tekun berbanding dengan jarak yang paling luar. Ia digunakan dengan meluas dalam rekabentuk rasuk atau tiang keluli.
morality playlakon moralitiKesusasteraanTiadaDrama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500).
12

Kembali ke atas