Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.la.ga] | تلاݢ

Definisi : 1. perigi, sumur; 2. tasik, danau; 3. ark balung, kolam; 4. = ~ tahi jamban, kakus; 5. = ~ minyak perigi tempat penggalian minyak;~ di bawah gunung prb perempuan yg banyak mendatangkan untung dan bahagia kpd suami-nya; ~ mencari timba prb perempuan mencari laki-laki; adakah drpd ~ yg jernih itu mengalir air yg keruh? prb tidak mungkin orang yg bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yg keji-keji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.la.ga] | تلاݢ

Definisi : 1 lubang yg digali dlm tanah utk mendapatkan air; perigi; sumur. 2 = ~ minyak perigi atau sumur yg digali utk mendapatkan minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telaga (kata nama)
Bersinonim dengan perigi, sumur, luak, mata air.,

Puisi
 

Telaga batu di Batu Pahat,
     Dipahat Siam hendak ke Melaka;
Kalau begitu membuat jahat,
     Tidak diam badan celaka.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Telaga kering hilanglah timba.

Bermaksud :

Kemakmuran habis orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHendak mandi telaga mana, Telaga darat Padang Kemunting; Hendak berbini si muda mana? Mulut birat betisnya bunting.
Kurik Kundi Merah SagaTelaga batu di Batu Pahat, Dipahat Siam hendak ke Melaka; Kalau begitu membuat jahat, Tidak diam badan celaka.
Kurik Kundi Merah SagaPepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga.
Kurik Kundi Merah SagaAir keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati.
Kurik Kundi Merah SagaZam-zam telaga Makkah, Tempat orang mengambil haji; Walau beribu orang bergagah, Kami tidak mungkir janji.
Kurik Kundi Merah SagaAir keruh telaga keruh, Air kunyit pencuci kaki; Adik jauhabang pun jauh, Tidur seminit dimasuk mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaAir hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan mandi telaga, Timba air dalamlah pasu; Pandailah sungguh adik meneka, Yang paling tinggi ialah nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga; Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa.
Kurik Kundi Merah SagaIkan julung dalam telaga, Makan kail umpan terlekat; Tiada beruntung badan celaka, Buat baik menjadi jahat.
12345

Kembali ke atas