Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.la.ga] | تلاݢ

Definisi : 1. perigi, sumur; 2. tasik, danau; 3. ark balung, kolam; 4. = ~ tahi jamban, kakus; 5. = ~ minyak perigi tempat penggalian minyak;~ di bawah gunung prb perempuan yg banyak mendatangkan untung dan bahagia kpd suami-nya; ~ mencari timba prb perempuan mencari laki-laki; adakah drpd ~ yg jernih itu mengalir air yg keruh? prb tidak mungkin orang yg bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yg keji-keji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.la.ga] | تلاݢ

Definisi : 1 lubang yg digali dlm tanah utk mendapatkan air; perigi; sumur. 2 = ~ minyak perigi atau sumur yg digali utk mendapatkan minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telaga (kata nama)
Bersinonim dengan perigi, sumur, luak, mata air.,

Puisi
 

Telaga batu di Batu Pahat,
     Dipahat Siam hendak ke Melaka;
Kalau begitu membuat jahat,
     Tidak diam badan celaka.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Telaga kering hilanglah timba.

Bermaksud :

Kemakmuran habis orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
well spacingluangan telagaKejuruteraanPetroleumSINONIM: corak penggerudian Aturan tentang jumlah dan lokasi telaga-telaga yang digerudi untuk sesebuah resebor. penyusunan kedudukan telaga ini diperlukan sebagai langkah pemeliharaan resebor. Laluan telaga biasanya dinyatakan dalam jumlah ekar kawasan yang diuntukkan bagi tiap-tiap telaga, misalnya satu telaga per 40 ekar, satu telaga per 160 ekar dan sebagainya.
offset welltelaga ofsetKejuruteraanPetroleumTelaga yang digerudi berdekatan dengan telaga-telaga lain yang sudah sedia ada di medan minyak. Kadangkala telaga ini berada di kawasan yang bukan dipunyai oleh tuan punya medan minyak yang terlibat.
infilling welltelaga pengisiKejuruteraanPetroleumTelaga yang digerudi di antara telaga-telaga pengeluaran yang telah sedia ada di medan minyak bagi mendapatkan data dan gambaran yang lebih baik tentang reserbor yang terdapat di medan berkenaan. Dengan demikian, reserbor berkenaan boleh dimajukan dengan lebih baik serta berkesan untuk mendapatkan hasil perolehan yang lebih.
infill drillinggerudi tambahKejuruteraanTiadaPenggerudian telaga tambahan di antara telaga-telaga yang sedang dalam pengeluaran untuk meningkatkan pengeluaran medan.
static well conditionkeadaan telaga statikKejuruteraanPetroleumKeadaan di sekitaran telaga atau lubang telaga apabila telaga berkenaan ditutup dan tidak wujud aliran sama ad secara menegak atau mendatar. Keadaan ini biasanya dinyatakan sesuai dengan kedalaman yang ingin dinyatakan ataupun kedalaman yang menjadi perhatian seperti pada kedalaman zon pengeluaran atau dasar telaga.
dry holelubang keringKejuruteraanPetroleumSINONIM: 1. telaga kering 2. duster Telaga eksplorasi atau telaga pembangunan yang didapati tidak berupaya untuk menghasilkan gas dan/atau minyak dalam kuantiti yang memadai padi mengimbangi kos pelengkapnya sebagai telaga minyak atau telaga gas.
dry welltelaga keringKejuruteraanTiadaTelaga eksplorasi atau telaga pembangunan yang didapati tidak berupaya menghasilkan gas dan/atau minyak dalam kuantiti yang memadai untuk mengimbangi kos pelengkapannya sebagai telaga minyak atau telaga gas.
dry holetelaga keringKejuruteraanTiadaTelaga eksplorasi atau telaga pembangunan yang didapati tidak berupaya menghasilkan gas dan/atau minyak dalam kuantiti yang memadai untuk mengimbangi kos pelengkapannya sebagai telaga minyak atau telaga gas.
dry welltelaga keringGeologiTiadaTelaga eksplorasi atau telaga pembangunan yang didapati tidak berupaya menghasilkan gas dan/atau minyak dalam kuantiti yang memadai untuk mengimbangi kos pelengkapannya sebagai telaga minyak atau telaga gas.
dry holetelaga keringGeologiTiadaTelaga eksplorasi atau telaga pembangunan yang didapati tidak berupaya menghasilkan gas dan/atau minyak dalam kuantiti yang memadai untuk mengimbangi kos pelengkapannya sebagai telaga minyak atau telaga gas.
12345678910...

Kembali ke atas