Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lan] | تلن

Definisi : ~ batu prb menyembunyikan rahsia; menelan 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah di­telannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapang­an sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menye­nangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapus­kan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama di­pe­li­hara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman; hendak ditelan termengkelan, hendak dilu­dah tiada keluar prb berhadapan dgn sesuatu masalah yg sangat sulit, berada dlm keadaan yg serba salah; tertelan 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit; penelanan perbuatan (proses dsb) menelan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lan] | تلن

Definisi : ; menelan 1 memasukkan sesuatu ke dlm perut melalui kerongkongan: Sebelum ~, kita hendaklah mengunyah makanan lumat-lumat. 2 memakan mangsanya dgn tidak dikunyah (ttg ular dll): Bagai cacing hendak ~ naga. 3 menggunakan banyak-banyak (ttg belanja dll): Pembinaan jambatan itu telah ~ belanja dua juta ringgit. tertelan sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telan
Kata Terbitan : menelan, tertelan,

Peribahasa

Ular telan babi,
     cacing yang bengkak perut.

Bermaksud :

Iri hati melihat keberuntungan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Telan-lah SahajaAnas K. HadimajaBerita Minggu21.05.1967
Bilis telan jerung atau sebaliknya?Abdul Amin Mohd. KasimBerita Harian14.05.1987
Haruan telan anak sendiriZahari AffandiMingguan Islam12.12.1987
Di Telan Rasa Pahit...Wan Razuhar AZMingguan Perdana30.03.1984
Di Telan Pahit Di Buang SayangMaya M. JBerita Harian (Singapura)02.05.1982
Setiap hari telan pil vitamin: crook filem Melayu kecundangAzura M. NBorneo Mail25.05.1991
Kita tak mahu gergasi telan - MahathirTiadaUtusan Melayu03.03.1981
Akhirnya Biar Kita Suap Dan TelanMasraiden Mohd Maimun LimbotMingguan Malaysia20.05.1990
Akhirnya Biar Kita Suap Dan TelanMasraiden Mohd Maimun LimbotMingguan Malaysia20.05.1990
Akhirnya Biar Kita Suap Dan TelanMasraiden Mohd Maimun LimbotMingguan Malaysia20.05.1990

Kembali ke atas