Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lan] | تلن

Definisi : ~ batu prb menyembunyikan rahsia; menelan 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah di­telannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapang­an sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menye­nangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapus­kan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama di­pe­li­hara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman; hendak ditelan termengkelan, hendak dilu­dah tiada keluar prb berhadapan dgn sesuatu masalah yg sangat sulit, berada dlm keadaan yg serba salah; tertelan 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit; penelanan perbuatan (proses dsb) menelan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lan] | تلن

Definisi : ; menelan 1 memasukkan sesuatu ke dlm perut melalui kerongkongan: Sebelum ~, kita hendaklah mengunyah makanan lumat-lumat. 2 memakan mangsanya dgn tidak dikunyah (ttg ular dll): Bagai cacing hendak ~ naga. 3 menggunakan banyak-banyak (ttg belanja dll): Pembinaan jambatan itu telah ~ belanja dua juta ringgit. tertelan sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telan
Kata Terbitan : menelan, tertelan,

Peribahasa

Ular telan babi,
     cacing yang bengkak perut.

Bermaksud :

Iri hati melihat keberuntungan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
bolūz( زولب )bale( ىلب )belīṭ( طيلب )benā kardan, sākhtan( نتخاس ،ندرک انب )bannā‘( ءا ّ ـنب )bande, gholām( مالغ ،هدنب )benzīn( نيزنب )banafsh( شفنب dengan serta-merta jagung burung bulbul telan tinggi naik pembesar suara blaus ya tiket bina tukang batu abdi minyak petrol ungu immediately corn nightingale swallow tall to rise loudspeaker blouse yes ticket to build mason servant petrol

Kembali ke atas