Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.fon] | تيليفون

Definisi : (téléfon) 1. = pesawat ~ alat utk ber­cakap dgn orang yg jauh (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit); membuat panggilan ~ menelefon; 2. percakapan (panggilan) yg menggunakan alat tersebut: suatu pagi Mustapha menerima ~ sewaktu dia baru benar sampai di markas polis; ~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai; ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang; ~ selular telefon bimbit; ~ telinga sj alat yg dipakai di telinga utk membolehkan seseorang mendengar siaran radio atau perhubungan telefon; bertelefon 1. mempunyai telefon; 2. sedang bercakap melalui telefon; menelefon bercakap (memanggil) melalui telefon: dia telah ~nya dan menceritakan apa yg terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.fon] | تيليفون

Definisi : /téléfon/ 1 = pesawat ~ alat utk bercakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat). 2 per­cakapan menerusi pesawat telefon: Pagi tadi dia telah menerima panggilan ~ drpd abangnya yg sedang belajar di Ipoh. ~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai. ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang. ~ selular telefon bimbit. bertelefon 1 bercakap melalui telefon; berhubung dgn menggunakan telefon: Ani sedang ~. 2 mempunyai telefon. menelefon bercakap-cakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain dgn menggunakan telefon: Dia telah ~ pihak polis utk memberitahukan kemalangan jalan raya yg baru berlaku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telefon


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beceretek[b«.tS«.ÒE.tE/]kata kerjabersusun dan banyak (seperti kasut yang bersusun di atas rak, burung di atas wayar telefon dan lain-lain).Banyak burong dok beceretek ataeh waya talipon.[bA.øA/ bu.ÒoN do/ b«.tS«.ÒE.tE/ A.tAEh wA.jA tA.li.pon]Banyak burung bertenggek berderet di atas wayar telefon.

Kembali ke atas