Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.fon] | تيليفون

Definisi : (téléfon) 1. = pesawat ~ alat utk ber­cakap dgn orang yg jauh (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit); membuat panggilan ~ menelefon; 2. percakapan (panggilan) yg menggunakan alat tersebut: suatu pagi Mustapha menerima ~ sewaktu dia baru benar sampai di markas polis; ~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai; ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang; ~ selular telefon bimbit; ~ telinga sj alat yg dipakai di telinga utk membolehkan seseorang mendengar siaran radio atau perhubungan telefon; bertelefon 1. mempunyai telefon; 2. sedang bercakap melalui telefon; menelefon bercakap (memanggil) melalui telefon: dia telah ~nya dan menceritakan apa yg terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.fon] | تيليفون

Definisi : /téléfon/ 1 = pesawat ~ alat utk bercakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat). 2 per­cakapan menerusi pesawat telefon: Pagi tadi dia telah menerima panggilan ~ drpd abangnya yg sedang belajar di Ipoh. ~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai. ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang. ~ selular telefon bimbit. bertelefon 1 bercakap melalui telefon; berhubung dgn menggunakan telefon: Ani sedang ~. 2 mempunyai telefon. menelefon bercakap-cakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain dgn menggunakan telefon: Dia telah ~ pihak polis utk memberitahukan kemalangan jalan raya yg baru berlaku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telefon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELEFON SELULAR

Telefon selular ialah sejenis unit telefon mudah

alih. Ia membolehkan manusia berkomunikasi di

suatu kawasan yang luas dengan menggunakan

gabungan radio, telefon, dan teknologi komputer.

Terdapat tiga jenis telefon selular: telefon

bergerak , telefon mudah angkut , dan telefon mudah

alih . Telefon bergerak dipasangkan secara tetap

pada kenderaan dan digerakkan oleh enjin

kenderaan. Telefon mudah angkut dapat

dipindahkan dan dibawa dalam sarungnya berserta

bateri untuk membekalkan kuasa. Telefon mudah

alih menggunakan unit kuasa bateri yang dapat

dibawa dengan tangan.

UMUM 
TELEFON KUASA-BUNYI

Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi

yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang

bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan

sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan

kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau

talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

tidak mempunyai sumber kuasa luar selain

yang dibekalkan oleh gelombang bunyi.

Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada

jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer.

Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti

bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara

yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

mempunyai kebaikan dari segi daya tahan,

boleh diharap, dan menjimatkan.

UMUM 
TELEFON

Telefon ialah alat yang digunakan untuk menghantar

dan menerima mesej suara, biasanya dengan

menggunakan arus elektrik. Ia merupakan salah satu

kaedah komunikasi yang sangat berguna. Dalam

beberapa saat sahaja, anda dapat menelefon

seseorang yang berada di seberang jalan, di

bahagian lain dalam negara, ataupun dengan

seseorang di benua lain. Perkataaan telephone

( telefon ) berasal daripada dua perkataan Yunani yang

bermakna far ( jauh ) dan sound ( bunyi ) .

UMUM 
PENGINTIPAN TELEFON UMUM 
BELL, ALEXANDER GRAHAMTokoh yang membina rangkaian telekomunikasi telefonTEKNOLOGITokoh
DOLBEAR, AMOS E.

Dolbear, Amos E. (1837–1910), ahli fizik dan

pencipta Amerika, salah seorang yang mengaku

sebagai pencipta telefon sebelum Alexander

Graham Bell, pada tahun 1878, dua tahun setelah

Bell menerima patennya.

UMUM 
EDISON, THOMAS ALVA

Edison, Thomas Alva (1847–1931) ialah salah

seorang pencipta dan pemimpin industri teragung

dalam sejarah. Sumbangannya yang paling terkenal

termasuklah penciptaan lampu elektrik, fonograf

(pemain rekod), dan penambahbaikan mutu

telegraf, telefon, dan filem.

UMUM 
SATELIT TIRUAN

Satelit tiruan ialah objek buatan yang

mengorbit bumi ataupun jasad-jasad lain secara

berterusan di angkasa. Kebanyakan satelit tiruan

mengorbit bumi. Manusia menggunakannya untuk

mengkaji alam semesta, membantu dalam

peramalan cuaca, memindahkan panggilan telefon

merentas lautan, membantu pengemudian kapal

dan kapal terbang, memantau tanaman pertanian

dan sumber alam lain, dan memerhati pergerakan

peralatan tentera di bumi.

UMUM 
MAKMAL

Makmal ialah tempat yang dilengkapi dengan

radas untuk menjalankan eksperimen,

penyelidikan dan ujian saintifik. Banyak alat dan

keluaran yang digunakan dalam kehidupan harian

terhasil daripada kerja makmal. Ia termasuk enjin

kereta, plastik, radio, fabrik sintetik, telefon,

televisyen dan transistor. Makmal boleh didapati

di universiti, institut penyelidikan, organisasi

perindustrian dan jabatan kerajaan. Ia menjadi

tempat latihan bagi ahli sains dan cara untuk

menemui pengetahuan baharu.

UMUM 
QUARTER DAYS

Quarter days adalah empat hari yang setiap

satunya menandai permulaan suku pertama dalam

setahun. Secara tradisinya, hari ini dianggap

sebagai hari untuk menyelesaikan hutang tertentu,

yang mesti dijelaskan dalam bentuk ansuran dalam

tempoh suku tahun, seperti bil elektrik, gas, dan bil

telefon.

UMUM 
12

Kembali ke atas